Hampir 20 Tahun Beroperasi, Nikon Malaysia Umum Akan Tutup Operasi

Sumber: Lowyat

Nikon Malaysia umum tutup operasi di Malaysia. Akhir Oktober lalu, Nikon baru sahaja mengumumkan akan menghentikan operasi secara rasminya di Indonesia bermula 22 Oktober 2020.

Tidak sampai sebulan, Nikon sekali lagi mengumumkan khabar duka yang sama; operasi di tutup kali ini di Malaysia. Penutupan akan berlaku bermula 1 Januari 2021 dan akan tetap meneruskan operasi seperti biasa sehinggalah 31 Disember ini.

BACA: 19 Tahun Beroperasi, Yahoo Groups Ditutup Buat Selamanya

Selepas itu, perniagaan ini akan diselia oleh rakan niaga tempatan Nikon (Malaysia) Sdn Bhd  iaitu, Futuromic Photo AV Sdn Bhd yang akan menjalankan pelan pemasaran, jualan dan perkhidmatan selepas pembelian untuk semua produk Nikon di Malaysia.

Nikon Tutup Operasi Malaysia

Selain daripada mengumumkan tutup di Malaysia, Nikon turut mengumumkan syarikat QES (Asia Pasifik) Sdn Bhd akan terus menjadi pengedar kepada produk syarikatnya.

Dalam kenyataan berkenaan, tiada disebutkan punca keputusan syarikat kamera dari Jepun tersebut diambil, sama juga seperti dalam kenyataan keputusan penutupan operasi di Indonesia.

Nikon Tutup Operasi Malaysia

Sejarah Nikon bermula sejak 1917 apabila tiga pengilang optik terkemuka di Jepun yang digabungkan untuk membentuk syarikat optik bersepadu sepenuhnya sehinggalah Nikon berjaya menjadi syarikat gergasi yang menguasai industri kamera.

BACA: Terlalu Obses Dengan Kamera, Jurufoto Namakan Anak Canon, Nikon Dan Epson

Di Malaysia, Nikon ditubuhkan pada Aprl 2001 dan mewakili Nikon Corporation dan berjaya menubuhkan satu asas yang kukuh menerusi pengedar tempatan.

Namun, wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak syarikat termasuklah syarikat gergasi di dunia terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos. dan ini dipercayai turut berlaku pada Nikon.