Sejarah Mesir Dapatkan Bekalan Kapur Barus Dari Nusantara Untuk Proses Awet Mumia

Tahukah anda, Mesir mempunyai ritual yang memerlukan mereka memelihara mumia kerana ianya adalah warisan kuno Mesir yang mesti dipelihara dan bekalan kapur barus mereka dapatkan dari Nusantara?

BACA: Mesir Jemput Elon Musk Melawat Piramid Selepas Dakwa Ia Dibina Makhluk Asing

Sekiranya seseorang meninggal dunia, mayat mereka akan dipelihara dengan cara diawet disebabkan kepercayaan bahawa badan merupakan ‘tempat’ paling penting semasa hidup.

Sejarah Mesir Dapatkan Bekalan Kapur Barus Dari Nusantara Untuk Proses Awet Mumia

Namun bukan semua mayat akan diawet, sebaliknya hanya mereka yang berkepentingan sahaja. Sebagai contoh ibu Firaun yang merupakan salah seorang daripada individu paling terkenal dalam warisan Mesir kuno.

Maka tidak hairanlah mayat-mayat yang diawetkan di Mesir terdiri daripada tokoh-tokoh atau raja-raja yang sebelumnya.

Pernah tak anda terfikir, mayat berkenaan diawet dengan menggunakan apa?

Untuk pengetahuan anda, mereka menggunakan kapur barus sebagai pengawet semula jadi untuk mayat. Akan tetapi dari mana bekalan kapur barus didapatkan untuk tujuan tersebut memandangkan kapur barus tiada di Mesir?

Sejarah Mesir Dapatkan Bekalan Kapur Barus Dari Nusantara Untuk Proses Awet Mumia 1

Menurut kajian, kapur barus yang digunakan pada mumia Firaun adalah berasal dari Indonesia kerana beberapa penelitian mendapati hanya Indonesia sahaja yang memiliki kapur barus semula jadi pada masa tersebut sebelum ianya tersebar ke seluruh dunia.

Dalam satu kajian Bandar Barus dalam Catatan Sejarah mengungkapkan di kawasan kabupaten Tapanuli Tengah, Sumatera Utara terdapatnya sebuah daerah yang diberikan nama Barus yang menjadi pengeksport terbesar produk kapur barus.

Bandar barus Indonesia
Bandar Barus kini.

Daerah ini juga menjadi tempat berkumpulnya saudagar-saudagar dari luar Nusantara yang membawa kapur barus ke seantero dunia sehingga menjadikan kapur barus terkenal di seluruh dunia.

Pada waktu dahulu, satu botol aroma kapur barus dengan isipadu 6mm mampu terjual sehingga lebih RM142 berikutan bandar Barus sukar dicapai terutamanya daripada segi duduk letaknya.

Sejarah Mesir Dapatkan Bekalan Kapur Barus Dari Nusantara Untuk Proses Awet Mumia 2
Serbuk kapur barus.

Biarpun China mempunyai pokok kapur yang mampu menghasilkan kapur barus, namun kualiti kapur barus nusantara menjadikan ianya tetap menjadi pilihan berbanding kapur barus buatan China.

Kisah kapur barus juga pernah dicatatkan oleh Marco Polo, manusia pertama yang menulis dokumentasi perjalannya dengan lengkap.