Mulut Bau Manis Buah? Ini Antara Punca Bau Badan Yang Tak Ramai Tahu

Mulut Berbau Punca Bau Badan Yang Ramai Tak Tahu

Ini Antara Punca Bau Badan Yang Tak Ramai Tahu

Kadangkala, meskipun anda sudah berusaha untuk memastikan anda tidak mempunyai bau badan, malangnya badan anda masih berbau juga. Ini barangkali disebabkan cuaca panas dan kehidupan kita di khatulistiwa.

Secara lazimnya, bau badan amat tidak menyenangkan dan digambarkan sebagai bau busuk, tengik atau masam.

Cuaca panas memang antara faktor yang menyebabkan anda kuat berpeluh tetapi, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan badan anda berbau.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Irma Shida, pengasas drirmaskincare, ramai yang tidak tahu punca bau badan sebenarnya ada kaitan dengan kesihatan kita.

Berikut antara punca yang menyebabkan anda mempunyai bau badan.

1. Mulut busuk

Ada orang akan memakan gula-gula getah atau penyembur mulut untuk hilangkan bau busuk mulut. Ramai yang sankah memakan gula-gula getah atau guna penyembur mulut akan selesaikan masalah namun ia tetap berbau.

Kajian mendapati 90 peratus daripada individu yang ada masalah bau mulut busuk secara berterusan ini ada jangkitan kaviti. Gigi rosak atau yang terhakis pun boleh menjadi sebab kenapa mulut berbau.

Selain itu, bakteria membiak dekat bahagian celah-celah gigi dan lidah juga boleh membuat mulut kita menjadi busuk.

Mulut Berbau Punca Bau Badan Yang Ramai Tak Tahu

2. Mulut bau seperti manis buah

Jika mulut anda ada bau seperti manis buah-buahan, perlu mula risau kerana ia merupakan salah satu tanda ketoasidosis diabetik. Ketoasidosis diabetik ini pula dalam kata mudahnya ialah situasi yang mana badan tak boleh nak proses gula kerana tak cukup insulin.

Jadi, sistem tubuh kita akan guna lemak badan sebagai alternatif untuk gantikan insulin dan ia seterusnya akan lepaskan ketosis ke dalam darah. Apabila kandungan ketosis ini tinggi, ia akan bahayakan nyawa kita.

3. Peluh berbau

Tahukan anda, peluh kita sebenarnya tiada bau. Ia berbau sebab campur dengan bakteria yang akan membuatkan peluh kita jadi asid.

Jika bau badan lagi-lagi bahagian bawah lengan itu buat orang sekeliling tidak selesa, itu mungkin ada kena mengena dengan hormon. Untuk mengatasi masalah ini, salah satu caranya ialah anda perlu pemakanan anda.

Boleh guna larutan tawas untuk atasi masalah bau badan. Gunakan secara berterusan untuk hilangkan masalah bau badan secara semula jadi.

4. Bau kaki

Tahukah anda, kaki manusia ada lebih kurang 250,000 kelenjar peluh di kedua-dua belah.

Kalau kaki tiba-tiba busuk, itu maksudnya bakteria yang membiak dekat kaki kita telah bertindak balas dengan tukar peluh jadi asid.

Apabila kebersihan kaki tak jaga, peluang untuk jangkitan bakteria adalah tinggi. Bakteria dekat kaki ini cukup suka stokin dan kasut bertutup.

Jadi, cara terbaik untuk hilangkan bau dekat kaki ialah perlu rajin tukar stokin dan jangan pakai kasut sama setiap hari.

Kalau terpaksa guna stokin dan kasut yang sama setiap hari, boleh gunakan foot spray untuk matikan segala jenis kuman dan pastikan kaki sentiasa bersih dan segar.

5. Kentut busuk

Kembung perut ini normal untuk sistem penghadaman manusia. Ramai orang akan kentut kira-kira 10 sampai 20 kali setiap hari.

Apa yang membuatkan bau busuk itu kerana mungkin ada masalah penghadaman ataupun terdedah pada kuman atau bakteria dalam perut.

Sumber: Dr Irma Shida