Menjadi Bekas Lombong Paling Dalam Di Dunia, Ini Fakta Tasik The Mines Yang Jarang Diketahui

Tasik The Mines Paling Dalam Di Dunia Jarang Diketahui

Bekas Lombong Paling Dalam Di Dunia, Ini Fakta Tasik The Mines Yang Jarang Diketahui

Apabila berbicara tentang kisah di sebalik tasik The Mines di Seri Kembangan, pasti akan muncul cerita misteri seperti terdapat ikan-ikan besar yang sehingga sekarang tidak pasti sejauh mana kebenarannya.

Sebelum ia menjadi tasik kepada salah satu produk pelancongan, dahulunya ia merupakan bekas lombong bijih dedah paling dalam di dunia. Kedalamannya hampir setengah ketinggian Menara Berkembar PETRONAS, 452 meter.

Dikatakan kisah lombong dedah di Seri Kembangan ini bermula kira-kira 100 tahun lalu. Pendatang dari China, Chan Wing menemui bekas lombong bijih timah yang pernah diusahakan warga Eropah.

Tasik ini terbahagi kepada dua iaitu Tasik Utara dan Tasik Selatan. Sebanyak 61,600 gelen air tasik perlu dikurang atau ditambah oleh sistem hidraulik lif air selama tujuh minit untuk membenarkan bot persiaran melintasi antara dua tasik berkenaan.

Berikut merupakan beberapa fakta sejarah di sebalik bekas lombong paling dalam di dunia sebelum menjadi tasik rekreasi untuk orang awam.

1. Dahulu ia dikenali sebagai Lombong Sungai Besi. Mencapai kedalaman 600 kaki atau 180 meter dan bersamaan ketinggian pangsapuri 52 tingkat. Dasarnya terletak di paras kira-kira 155 meter di bawah paras laut.

2. Sebelum ditutup pada pertengahan 1980-an, lombong dedah ini dimiliki Sg Besi Mines Ltd. yang dikawal oleh MMC melalui Pernes Charter Management Co. yang mana MMC adalah 71 peratus milik kerajaan dengan 20 peratus dimiliki Charter Consolidated.

3. Web geologis Australia yang khusus menyelidiki perlombongan menyebut Sungai Besi telah dilombong sejak abad ke 10 dan pedagang Arab diketahui telah tiba di situ manakala menjelang abad ke 13 orang Siam pula yang melombong di situ.

4. Bermula 1911, British mengeksploitasi kawasan itu dan tinjauan pada 1978 menunjukkan ia merupakan bekas alur sungai purba melihat kepada profil kaserit, timah oksida yang terdeposit di situ.

Tasik The Mines Paling Dalam Di Dunia Jarang Diketahui

5. Dikatakan bahawa ia telah dikunjungi orang Arab sejak abad ke-10 dan perlombongan oleh orang Siam pada abad ke-13 berdasarkan artifak, relik dan tapak yang kini sudah tidak ditempatnya dan dibawa pergi ke mana untuk apa oleh penjajah demi mengaut sedalamnya perut bumi tapak tersebut.

6. Ia tidak pernah disebut dalam sejarah kita sempena penjarahan tanah yang akhirnya menjadi tasik yang menelan seribu cerita. Bekas lombong ini diisi air hanya pada tahun 1990-an.

7. Dikatakan orang lama, jika melihat proses perlombongan ketika itu, lori yang berada di kawasan tapak sama besar dengan sekotak mancis.

Sumber: MatGeo, BH

BACA: Imej Kereta Dalam Tasik Rungkai Misteri 22 Tahun Kehilangan Lelaki Tanpa Jejak