Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan

Kredit: @muazdin

Di Twitter, seorang lelaki menjadi tular selepas berkongsi hasil kerja ilustrasi grafik nya terpampang megah di bangunan KLCC, sebuah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam negara mahu pun luar.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah yang boleh dikatakan mengenai pemilik nama Muaz Zainuddin ini.

Menurut sumber daripada media MStar, ilustrasi grafik yang kesemuanya berjumlah 12 buah itu dipaparkan di papan iklan berhampiran KLCC Snokels.

Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan 3
Kredit: @muazdin

Projek yang menggunakan idea ‘haiwan yang diancam kepupusan’ tersebut sebenarnya merupakan projek di bawah syarikat pengiklanan Big Tree Outdoor yang merupakan tempatnya bekerja.

BACA: Hidupan Cengkerang Laut Antara Spesis Berisiko Pupus Akibat Perubahan Iklim Dunia

Walaupun baru sahaja menyertai syarikat berkenaan pada awal tahun lalu, Muaz telah dipilih dan diberi kepercayaan sebagai pereka grafik dan salah seorang daripada ‘penggerak penting’ projek tersebut.

Berkongsi kejayaannya di Twitter, setakat ini ciapannya sudah pun berjaya mencapai lebih 6,300 ulang ciap dan hampir 19,000 tanda suka.

Menurut Muaz, idea menghasilkan projek mengenai haiwan diancam kepupusan ini datangnya daripada Pengurus Besar Big Tree Outdoor, Nismanita Zulkifli yang merasakan isu haiwan yang diancam kepupusan ini adalah merupakan satu isu yang perlu diberikan perhatian, seiring dengan isu pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia.

Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan 2
Kredit: @muazdin

Dengan menggunakan warna terang dan konsep pop-art, idea ini disampaikan dalam bentuk visual. Di lukisan tersebut turut disediakan kod QR yang membolehkan orang ramai untuk mendapatkan maklumat pantas dengan hanya mengimbasnya.

Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan
Kredit: @muazdin

Mengambil masa lebih dari sebulan untuk menyiapkan semua lakaran tersebut, antara haiwan yang dipaparkan ialah penyu belimbing, tenuk Malaysia, merak Pongsu, harimau Malayatenggiling, gajah Borneo dan sebagainya.

Ilustrasi Grafik Haiwan Di KLCC Ini Sebenarnya Hasil Kerja Anak Muda Tempatan 1
Kredit: @muazdin

Jika anda ke sana, jangan lupa rakamkan gambar kenangan dan muat naik di media sosial sebagai tanda sokongan kepada projek ini.