Hanya Kerana Status Bujang, Negara Ini Kenakan Cukai Buat Rakyatnya

Nak hidup bujang pun tak senang.

Itulah yang mungkin berada di fikiran rakyat di beberapa buah negara selepas kerajaan menetapkan individu bujang perlu membayar sejumlah cukai kerana berstatus bujang.

Cukai bujang adalah sejenis cukai hukuman yang dikenakan kepada lelaki yang belum berkahwin, manakala wanita bujang tidak dikenakan sebarang cukai.

Ini kerana pada zaman dahulu, status perkahwinan adalah penting dalam masyarakat dan sudah ada sejak zaman Rom Purba lagi.

Ini juga merupakan salah satu cara kreatif kerajaan Rom Purba dalam memperoleh pendapatan dengan cara yang mudah dan kreatif selain daripada ianya diperkenalkan bagi tujuan membendung gaya hidup individu bujang yang terlalu bebas.

Pada 9 Anno Domini (AD), Maharaja Rom, Augustus telah memperkenalkan Lex Papia Poppaea yang menyasarkan golongan bujang dan pasangan yang berkahwin tetapi tidak memiliki anak.

Negara Ini Pernah Kenakan Cukai Buat Individu Bujang 1

Pada tahun 1695, kerajaan british kemudiannya mengenakan cukai ini kepada semua lelaki bujang berusia 25 tahun ke atas bagi menjana semula pendapatan selepas mengalami masalah ekonomi selepas berperang dengan Perancis – Marriage Duty Act.

Manakala di Afrika Selatan, cukai bujang diperkenalkan untuk menggalakkan golongan kulit putih untuk memiliki anak sendiri susulan dengan isu Apartheid – satu sistem politik yang memisahkan penduduk kaum kulit putih daripada kaum bukan kulit putih pada 1948-an hingga 1990-an.

Dalam dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih terutamanya kulit hitam dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua sama ada daripada segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan.

Negara Ini Pernah Kenakan Cukai Buat Individu Bujang 2

Pada ketika itu, semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang, namun ianya disalah guna oleh pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka.

Negara membangun seperti Amerika Syarikat turut pernah mengenakan cukai kepada individu bujang ini. Kebiasaannya, cukai yang dikenakan adalah bernilai antara RM12 hingga RM105 (tukaran semasa).

Tahun demi tahun, cukai ini kemudiannya menerima tentangan keras daripada rakyat negara terlibat  terutamanya golongan lelaki. Ini kerana bagi mereka adalah tidak adil untuk dikenakan kepada satu kelompok jantina sahaja.

BACA: Panduan Lengkap Cara Daftar Cukai Pendapatan Individu

Mereka mencadangkan, wanita yang menolak lamaran lelaki turut dikenakan hukuman sama kerana penolakan lamaran wanitalah punca mengapa lelaki kekal bujang dan tidak berkahwin.

Mengalami evolusi, kebanyakan negara sudah tidak mengamalkan cukai ini namun ianya tidak dapat dipastikan negara mana lagi yang masih mengamalkannya.