Gaji Pembantu Rumah Warga Asing Boleh Cecah RM3,500 Sebulan

Bidang pekerjaan sebagai pembantu rumah tidak lagi asing dan ianya merupakan salah satu bidang yang banyak diceburi oleh pekerja asing.

Keperluan untuk mendapatkan pembantu rumah antara yang penting kerana kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan.

Pernah tak anda terfikir tak berapa nilai yang perlu dibayar untuk mengambil pembantu rumah warga asing?

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Amir Zain, gaji pembantu rumah warga asing boleh mencecah antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan tidak termasuk kos permit. Kebanyakan daripada mereka adalah beragama Kristian dan wajib diberikan cuti satu hari.

Baru selesai menelefon agensi untuk ambil pembantu rumah.

On-demand sekarang adalah pembantu rumah berbangsa Filipina….

Posted by Amir Zain on Sunday, 1 November 2020

Menurut Amir lagi, warga asing yang sedang on-demand sekarang ialah warga Filipina kerana rekod cemerlang yang mereka miliki termasuklah daripada segi komunikasi, profesionalisme, kepatuhan, perangai dan sebagainya.

Gaji berkenaan adalah gaji yang memang mampu dibayar oleh mereka yang mahu mengupah pembantu rumah warga asing ini.

Ramai fresh garduate yang ternganga melihat anggaran gaji yang diberikan. Jika dibandingkan dengan bidang kerja fresh graduate sekarang, walaupun bidang yang ditawarkan adalah jawatan dalam bidang profesional, gaji yang ditawarkan masih lagi rendah dan underpaid.

Gaji Pembantu Rumah Warga Asing Boleh Cecah RM3,500 Sebulan 1

Sebagai contoh, pada November 2019, satu kajian daripada firma konsultansi global, ECA International telah menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara yang memiliki kadar kenaikan gaji yang paling tinggi di peringkat global.

Pernah tular satu masa dahulu, gaji yang ditawarkan untuk jawatan jurutera di Malaysia adalah RM2,500 dan kalau kita lihat balik gaji yang ditawarkan pada pembantu rumah warga asing perbezaan antara keduanya boleh mencecah RM500 hingga RM1,000.

BACA: Hanya Gah Pada Nama, Jawatan Jurutera Di Malaysia Sebenarnya ‘Underpaid’

Melihatkan pada permintaan yang ada, mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia berfikir untuk memasuki bidang kerja sebagai pembantu rumah.

Ini kerana kebanyakan gaji untuk fresh graduate dalam bidang kerja profesional dilihat semakin tidak relevan, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meninggi.

Untuk makluman lanjut berkenaan dengan Pembantu Rumah Asing, anda boleh layari Jabatan Imigresen Malaysia.