5 Android TV Box Berbaloi Dengan Harga Mampu Milik

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik
Sumber: XDA Developers

Android TV Box Berbaloi Dengan Harga Mampu Milik 2020

TV Android merupakan inovasi terkini yang semakin diminati orang ramai untuk menikmati cerita dan filem kegemaran di rumah.

Ia menjadi pilihan orang ramai kerana cara menonton televisyen versi baharu ini memberikan pelbagai bentuk kemudahan kepada seisi rumah yang menginginkan pelbagai pilihan berbanding menggunakan TV tradisional.

Ia berbeza dengan konsep Smart TV, yang mana ia turut mempunyai aplikasi terbina dalaman, dan boleh berhubung ke internet. Tetapi tanpa sokongan dari Google dengan kemas kini firmware, pemasangan aplikasi melalui Google Play Store, Android TV ialah satu pakej lengkap bagi yang memilih keselesaan dalam satu sistem.

Sebelum membeli Android Box, perkara yang anda perlu tahu seperti RAM, Storan, OTA Update, Widevine L1, dan kalau boleh guna android versi 6 ke atas.

Kepada anda yang bercadang untuk membeli Android Box, berikut lima cadangan peranti yang berbaloi dengan harga mampu milik.

1. T9 TV Box

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Harga yang ditawarkan dalam talian RM185 dengan dilengkapi teknologi Bluetooth terkini. Spesifikasi peranti seperti berikut:

RAM : 4GB
ROM : 32GB
CPU : RK3328 Quad-Core Cortex-A53

2. TX3 Mini Android Amlogic S905W

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Harga yang ditawarkan dalam talian ~RM195. Chipset terbaharu berkuasa tinggi dibawakan oleh android box ini mampu memuat turun pelbagai aplikasi untuk bergaming dan juga rancangan yang ingin ditonton.

RAM: 2GB
Flash Memory: 16GB
CPU: Amlogic quad-core ARM Cortex A53

3. Pulierde X96 Max

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Harga yang ditawarkan dalam talian ~RM230 (agak mahal berbanding peranti lain). Namun, dikatakan berbaloi untuk dimiliki oleh kerana kualiti premium yang ditawarkan.

Maklum balas daripada pengguna menyatakan bahawa peranti ini memiliki sisitem operasi Android yang sangat stabil dan jarang berlakunya apps crash.

RAM : 4GB
ROM : 32GB
CPU : Amlogic S905X2 Quad Core

4. H96 Max Android TV LED

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Harga yang ditawarkan dalam talian ~RM228. Untuk kegunaan persendirian mahupun seisi keluarga yang menginginkan hiburan tanpa batasan, peranti ini didatangkan aplikasi yang telah diselaraskan untuk kegunaan Malaysia.

Disertakan sekali kemaskini untuk drama dan filem terbaru serta servis pasca jualan yang bermutu tinggi.

RAM: 4GB
Flash Memory: 64GB
CPU: RK3328 Quad-Core 64bit Cortex-A53

5. Mi TV Stick

Android Box TV Berbaloi Mampu Milik

Harga yang ditawarkan dalam talian RM150. Walaupun peranti tidak sama bentuk dengan Android Box yang lain, konsepnya masih sama.

Kalau nak dibandingkan dengan Mi Box, Mi TV Stick ada tahap mobiliti yang lebih tinggi. Sesuai untuk golongan yang sering outstation dan tinggal di hotel tapi TV hotel tiada kandungan yuang menarik untuk dilayani.

RAM:1GB
Storan: 8GB
CPU: Quad-core Cortex-A53

Buat anda yang baru hendak berjinak atau sudah lama menggunakan platform penstriman sebagai sumber hiburan, adalah lebih baik membeli peranti yang menggunakan Android TV sebagai sistem operasinya.

Sumber: Wiser, Productnation, OMG Hackers