Sindrom Tangan Berpeluh, Bahaya Atau Tidak?

Simptom tangan berpeluh merupakan salah satu daripada kerisauan sesetengah individu yang mengalaminya kerana risau mengenai bahaya nya.

Namun anda kena tahu, berpeluh adalah merupakan reaksi normal badan yang bertindak balas terhadap haba dengan fungsi untuk  mengeluarkan toksin dari badan dan menyejukkan badan.

BACA: Kisah Lelaki Yang Berjaya Jadikan Kentut Sebagai Kerjaya

Tapi sekiranya anda berpeluh secara berlebihan, apakah tandanya? Sekiranya anda berpeluh secara berlebihan, ianya mungkin petanda bahawa badan anda mempunyai masalah.

Simptom Tangan Berpeluh, Bahaya Atau Tidak 3

Sebagai contoh di telapak tangan. Ada sesetengah individu mengalami masalah tangan berpeluh yang kadangkala menyebabkan tangan kelihatan basah.

Bahaya atau tidak simptom tangan berpeluh?

Masalah tangan berpeluh atau juga dikenali sebagai hyperhidrosis adalah masalah yang mana seseorang individu lebih banyak menghasilkan peluh berbanding orang normal sehingga mengganggu aktiviti seharian.

Boleh berlaku seawal usia kanak-kanak, anggota badan lain yang boleh mempunyai masalah peluh ialah tapak kaki, ketiak dan muka. Persoalannya bahaya atau tidak sindrom tangan berpeluh ini?

Gejala dan tanda tangan berpeluh

Simptom Tangan Berpeluh, Bahaya Atau Tidak

Punca tangan berpeluh

Masalah tangan berpeluh boleh berlaku disebabkan oleh, genetik – 30% daripada kes menyatakan, tekanan fizikal dan tekanan emosi. Masalah yang akan berhenti apabila tidur ini kebanyakannya tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit.

1. Hyperhidrosis Primer

  • berlaku apabila sistem saraf simpatetik yang mengawal aktiviti kelenjar peluh terlampau aktif
  • biasa berlaku di kawasan tapak tangan, kaki dan ketiak, ada sesetengah yang akan mengalaminya di muka dan belakang badan

2. Hyperhidrosis Sekunder

  • berlaku disebabkanpenyakit – kencing manis, obesiti, hyperhidrotisme, jangkitan seperti batuk kering, kanser kelenjar seperti limfoma
  • biasanya beri kesan kepada seluruh badan

Rawatan tangan berpeluh

Diagnosis kebanyakannya akan dilakukan berdasarkan kepada sejarah perubatan. Antara rawatan yang boleh digunakan ialah:

  • Ubat topikal anti peluh – spray antiperspiran, deodoran, atau aluminium klorida
  • Ubat makan anti peluh – fungsi untuk halang aktiviti asetilkolina yang bertanggungjawab aktifkan sistem simpatetik
  • Iontophoresis – proses mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit dengan menggunakan air paip sebagai medium
  • Suntikan botox – pada kawasan terlibat namun akan berikan kesan sementara seperti sakit dan lemah otot
  • Pembedahan – selepas kaedah kesemua di atas gagal, pembedahan pemotongan saraf terlibat dengan kelenjar peluh akan dibuat

Sumber: Kamarul Ariffin, The Diagnosa, Klinik Avicenna