Sengaja Buat Penginapan Airbnb Paling Teruk, Tak Sangka Ramai Pula Yang Tempah

Airbnb Paling Teruk Ramai Tempah

Sengaja Buat Penginapan Airbnb Paling Teruk, Tak Sangka Ramai Pula Yang Tempah

Airbnb kini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang gemar travel. Platform yang menyediakan pilihan inap desa dan bilik penginapan untuk disewa dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa bulan ini kian menjadi pilihan dalam kalangan mereka yang suka melancong.

Airbnb menjadi pilihan orang ramai yang ingin menyewa rumah kerana menawarkan harga penginapan yang lebih rendah dan berbaloi dari sesetengah hotel. Biasanya, pemilik rumah akan sewakan rumah atau bilik untuk mencari duit sampingan.

Bagaimanapun, bagi sekumpulan YouTuber ini, mereka sengaja mencipta penginapan Airbnb paling teruk di dunia sebagai bahan jenaka namun tidak menyangka ia telah menerima banyak tempahan!

Airbnb Paling Teruk Ramai Tempah

Rhys Simmons, Jamie Kamaz dan Hitchin adalah rakan yang bersama-sama membangunkan saluran YouTube ‘Passion Squad’ iaitu sebuah saluran video-video prank. Kediaman tiga YouTuber itu senaraikan adalah berupa sebuah tilam yang diletakkan di tengah ladang di luar bandar London.

Selain itu, kediaman itu juga dilengkapi dengan kabinet sisi katil, dua gelas air dan lampu meja. Semua kemudahan ‘penginapan’ itu diletakkan di bawah sepohon pokok di kawasana lapang sebagai pelindung dari cuaca yang tidak menentu.

Selepas memuatnaik ‘bilik’ itu secara atas talian, mereka tidak menyangka, ‘bilik’ dengan gaya Inggeris itu telah mendapat banyak tempahan daripada orang ramai.

Airbnb Paling Teruk Ramai Tempah

Jelas bahawa senarai kediaman itu hanyalah satu jenaka kerana tentunya tiada siapa yang ingin tinggal di bawah pokok. Namun kumpulan YouTubers itu terkejut apabila mendapati tetap ada orang yang menempah untuk menyewa ruang itu.

Disebabkan ia adalah prank semata-mata, mereka tidak mengambil sebarang tempahan, sebaliknya mereka mengatakan bahawa mereka boleh memperoleh keuntungan sekiranya mereka membenarkan orang menempah ‘penginapan Airbnb’ itu.

Kadang kala perkara yang kita anggap mustahil boleh jadi realiti.

Sumber: LadBible

BACA: Airbnb, Booking.com Antara 112 Syarikat Berkait Dengan Penempatan Haram Israel