Ramai Yang Masih Keliru, Ini Beza Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP

Umum sedia maklum, akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Tapi tak ramai yang tahu beza kedua-dua akaun KWSP ini.

Namun masih ramai yang keliru fungsi dan beza kedua-dua akaun ini. Baca lanjut untuk anda ketahui dengan lebih mudah perbezaan kedua-dua akaun ini.

Caruman 70:30

Sebelum itu, anda perlu tahu, setiap bulan caruman yang anda dapat dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.

Mengikut kadar caruman semasa 23% diambil daripada gaji pekerja, yang mana 11% adalah caruman pekerja yang diambil menerusi potongan gaji bulanan dan 12% adalah caruman daripada majikan.

Ini membawa kepada takrifan:

Akaun 1 – 70% adalah caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 – 30% adalah caruman bulanan daripada pekerja

AKAUN 1

Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun.

Akaun 1 disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan.

Akaun 1 dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.

Ramai Yang Masih Keliru, Ini Beza Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP

AKAUN 2

Beza dengan Akaun 1, Akaun 2 KWSP berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:

  • mencecah usia 50 tahun
  • membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
  • menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
  • pembiayaan pendidikan peribadi
  • menampung kos perubatan
  • menunaikan haji

Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan ramai daripada kita memilih untuk menyewa daripada membeli.

Cakna dengan masalah yang dihadapi rata-rata rakyat Malaysia ini, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.

BACA: Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Biaya Pembelian Rumah