Lebih 750 Cawangan Ditutup, Ini Kisah KFC Yang Berdepan Kemarahan Pelanggan Hanya Kerana Kekurangan Stok

Tahukah anda, restoran ayam segera yang terkenal di seluruh dunia iaitu KFC pernah berdepan dengan kemarahan orang ramai hanya kerana kekurangan stok sehingga menyebabkan lebih 750 buah cawangan mereka ditutup?

Berlaku pada tahun 2018 di UK, masalah kekurangan stok yang dihadapi KFC dalam tempoh hampir seminggu menjadi pengajaran kepada perniagaan makanan lain untuk sentiasa peka dalam menguruskan aspek logistik.

BACA: Dihina Lamar Kekasih Di KFC, Pasangan Ini Terima Tajaan Perkahwinan

Pada awalnya, pihak KFC telah menukar pembekal mereka dan menyebabkan mereka ketiadaan stok ayam mentah untuk digoreng dan dijual di restoran.

Disebabkan ayam goreng KFC merupakan menu kegemaran ramai, maka situasi ketiadaan ayam untuk dijual menimbulkan kemarahan orang ramai – sehinggakan ada antara mereka yang membuat laporan polis!

Namun pihak polis enggan menerima laporan yang dibuat kerana ketiadaan menu kegemaran orang ramai bukannya di bawah bidang kuasa mereka.

Lebih 750 Cawangan Ditutup, Ini Kisah Ayam KFC Yang Berdepan Kemarahan Pelanggan Hanya Kerana Kekurangan Stok

Untuk tahap yang pertama, sebanyak 575 buah cawangan di UK terpaksa ditutup buat sementara waktu (sampai stok ada semula) sebelum jumlah berkenaan ditambah sehingga mencecah lebih 750 buah cawangan.

Lebih 750 Cawangan Ditutup, Ini Kisah Ayam KFC Yang Berdepan Kemarahan Pelanggan Hanya Kerana Kekurangan Stok 2

KFC bertindak menukar kontrak penghantaran melibatkan syarikat gergasi perkapalan DHL dari Jerman yang sebelum ini telah berjanji untuk meningkatkan piawaian baharu untuk servis penghantaran setelah memenangi tender ke atas KFC.

Namun disebabkan beberapa isu berkaitan pentadbiran dalaman, penghantaran bekalan ayam mentah tertunda dan tidak dapat dilaksanakan seperti biasa.

Dalam keadaan ini, KFC masih sempat berjenaka dengan pelanggan mereka dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ayam-ayam tersebut dalam perjalanan menuju ke destinasi namun ianya bukan ke cawangan restoran KFC.

Malah satu poster permohonan maaf daripada KFC UK juga menunjukkan betapa mereka ini tertekan dengan keadaan yang dihadapi.

Lebih 750 Cawangan Ditutup, Ini Kisah Ayam KFC Yang Berdepan Kemarahan Pelanggan Hanya Kerana Kekurangan Stok 1

KFC di UK menjadi perhatian sama ada dalam kalangan penduduk mahu pun pelancong terutamanya pelancong Muslim kerana memegang status halal.