3 Cara Mudah Gabung Beberapa Fail Microsoft Word Menjadi Satu

Sumber: Microsoft

Selalu guna Microsoft Word? Namun adakah anda tahu cara gabung kan beberapa fail Microsoft Word menjadi satu fail sahaja?

Meskipun perisian Microsoft Word merupakan salah satu perisian yang sering digunakan terutamanya untuk keperluan pekerjaan dan pelajaran, masih ramai daripada kita yang kurang mahir menggunakannya.

Jika sebelum ini kami kongsikan mengenai cara mudah melakukan pencarian di Google, untuk kali ini kami kongsikan pula cara mudah untuk menggabungkan beberapa fail Microsoft Word menjadi satu fail sahaja.

Cara Mudah Gabung Beberapa Fail Microsoft Word Menjadi Satu

1. Buka bahagian yang anda ingin gabungkan fail tersebut. Sekiranya mahu di halaman baharu, anda boleh klik ikon PAGE BREAK di tab INSERT.

2. Kemudiannya masih di ruangan tab INSERT, klik pada OBJECT dan pilih TEXT FROM FILE.

3 Cara Mudah Gabungkan Beberapa Fail Microsoft Word Jadi Satu

3. Akhir sekali pilih fail yang anda mahu gabungkan dan siap!

3 Cara Mudah Gabungkan Beberapa Fail Microsoft Word Jadi Satu 2
Sumber: Termas Media

Sekiranya anda kurang memahami, anda boleh tonton video di bawah sebagai panduan.

Terdahulu, wabak pandemik COVID-19 menyaksikan banyak perniagaan jatuh tanpa mengira tempoh masa penubuhannya. Tidak terkecuali, syarikat teknologi komputer, Miscoroft Corporation baru-baru ini mengumumkan akan menutup semua 116 rangkaian kedai fizikal mereka, Microsoft Store di seluruh dunia.

Akan menumpukan pada penjualan secara dalam talian, empat buah Microsoft Store iaitu di London (Oxford Circus), New York (Fifth Ave), Sydney (Westfield Sydney) dan Redmond akan diubah menjadi bilik pameran bagi memudahkan pelanggan untuk mencuba produk.