Kereta Mewah Tapi Sering Rosak, Vlogger Ini Nekad Bakar Mercedes Hingga Rentung

Vlogger bakar kereta Mercedes Sering Rosak

Kereta Mewah Tapi Sering Rosak, Vlogger Ini Nekad Bakar Mercedes Hingga Rentung

Setiap individu mempunyai cita rasa dan kehendak sendiri dalam membeli kereta idaman.

Antara faktor-faktor pemilihan dalam membeli kereta termasuklah harga, jenama, kualiti, kos penyelenggaraan, kos bahan api dan juga harga jual semula.

Bagi sesetengah individu, mereka akan memandang jenama kerana beranggapan ia lebih berkualiti berbanding yang lain.

Namun, bagi seorang vlogger dari Russia, Mikhail Litvin dia berasa ‘tertipu’ selepas membeli kereta berjenama Mercedes bernilai RM696,000 dengan beranggapan ia berkualiti, sebaliknya kereta baharunya itu kerap ke bengkel tidak sampai setahun dipakainya.

Akibat tertekan dengan prestasi Mercedes-AMG G63 yang sering rosak, mesikupun baru digunakan pada jarak 15,000 kilometer vlogger itu nekad bakar kereta Mercedes berkenaan sehingga rentung.

Vlogger bakar kereta Mercedes Sering Rosak

Untuk wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun Litvin mendakwa sangkaannya meleset sama sekali.

Litvin turut mendakwa, pengedar kereta jenama mewah itu menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.

Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.

Vlogger bakar kereta Mercedes Sering Rosak

Tindakan nekad Litvin itu dipertonton menerusi saluran YouTube yang kini telah mencapai 13 juta tontonan.

Vlogger itu memandu kereta itu ke tengah ladang, menyimbah bahagian luar dan dalam kereta itu dengan petrol sebelum menyalakan api. Dia kemudian pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta lama.

Sumber: Harian Metro

Betul ke lelaki pandu kereta mewah cenderung berperangai buruk?

BACA: Lelaki Pandu Kereta Mewah Cenderung Berperangai Buruk – Kajian