Wanita Yang Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Di Seluruh Dunia

Lihat sahaja gambar wanita di atas, pastinya terbayang di fikiran anda mengenai meme yang sehingga kini masih lagi berlegar di sosial media. Menjadi mangsa body shaming di seluruh dunia, ini kisah mengenai beliau.

Dengan posisi bersandar di pokok, memes dengan gambar wanita di atas pastinya disertakan dengan ayat ‘Beritahu (nama lelaki), saya tunggu di sini. Boleh tag beliau beritahu saya masih menunggu?’

BACA: Hentikan ‘Body Shaming’ Jika Tidak Mahu Dipenjara Dan Denda RM50,000

Warganet yang kononnya terhibur pun ramailah memenuhi ruangan komen dengan memaut nama rakan masing-masing dan kemudiannya berkongsi semula di ruangan muka Facebook masing-masing.

Beliau, Elizabeth Ann Velasque (1989) atau lebih dikenali sebagai Lizzie Velasque merupakan seorang penghidap masalah genetik, sindrom Marfanoid-Progeroid-Lipodystrophy yang berpunca daripada mutasi pada gen GBN1 yang merekodkan protein fibrillin.

Mutasi pada gen FBN1 menyebabkan protein fibrillin yang diperlukan tubuh untuk membina tisu penyambung dihasilkan dengan tidak sempurna.

Tisu penyambung yang berbentuk kelompok sel fiber kolagenase berfungsi sebagai ‘pembina’ pelbagai struktur dan fungsi dalam tubuh manusia. – memegang tulang, otot dengan tulang, antara otot dengan otot, ligamen, kartilaj kornea, saluran darah dan saluran pencernaan.

Wanita Yang Jadi Mangsa ‘Body Shaming’ Seluruh Dunia

Keadaan ini menyebabkan pesakit akan mempunyai pelbagai masalah kesihatan di seluruh tubuh mereka, namun bahagian yang selalunya terjejas adalah salur darah utama dari jantung, ligamen dan tisu yang menyokong kornea mata.

Disebabkan itu jugalah Lizzie yang merupakan anak kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini memiliki masalah untuk menambah lemak dan meningkatkan berat badan terganggu selain daripada memiliki muka yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas sehingga mendapat gelaran individu paling hodoh di dunia dalam satu video yang dimuat naik di YouTube pada tahun 2006.

Gambar Lizzie diguna pakai secara meluas di seluruh dunia menjadikan beliau mangsa body shaming di dunia. Dengan berat cuma 26.3kg dan ketinggian sekitar 160cm, di dunia ini termasuk Lizzie hanya ada tiga orang sahaja menghidap penyakit sepertinya.

Beliau kemudiannya secara terbuka membincangkan mengenai masalahnya di khalayak ramai dan kini bekerja sebagai pakar motivasi dan penulis untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakitnya dan gejala buli dalam kalangan masyarakat.

Tonton salah satu video ucapan Lizzie dalam pautan di bawah: