Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail: Wanita Melayu Pertama Yang Bergelar Doktor Di Malaysia

Tan Sri Dato’ Dr Salma Ismail (1918-2014) merupakan wanita Melayu pertama yang layak menjadi doktor di seluruh Tanah Melayu (Malaya).

BACA: Digelar ‘Plague Fighter’, Ini Kisah Doktor Malaysia Yang Mencipta Topeng N95

Dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah, beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls’ School (Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Star. Pada tahun 1934, Dr. Salma lulus Junior Cambridge dan Senior Cambridge pada tahun 1935.

Pada ketika itu, beliau merupakan satu-satunya calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang.

Kemudiannya pada tahun 1936, beliau menyambung pengajian di King Edward Vii College of Medicine, Singapura dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.

Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail Wanita Melayu Pertama Yang Bergelar Doktor Di Malaysia

Pada 1939 hingga 1945, pelajaran beliau terhenti seketika akibat daripada Perang Dunia Kedua dan menyambung semula pengajian pada 1946 dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada 1947 dan menjadi doktor wanita Melayu pertama di Tanah Melayu.

Kerjaya sebagai pegawai perubatan:

Sebaik sahaja lulus, beliau menjadi doktor pelatih di Hospital besar Kuala Lumpur sebelum 10 tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan di kedah (1950-1960), Pegawai perubatan di Selangor (1961-1967) sebelum membuka klinik sendiri di Jalan Hale Kampung Baru, kuala Lumpur pada 1967.

Aktiviti sosial:

  • Presiden Kelab General Hospital Kedah
  • Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah
  • Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah
  • Ahli Majlis Pelajaran Tinggi
  • Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976)
  • Ahli Malaysian Medical Association
  • Ahli Medical Defence Union
  • Ahli College of General Practitioners
  • Ahli Private Practitioners Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor
  • Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society

Doktor-Wanita-Melayu-Pertama-Dari-Kedah

Pingat dan anugerah:

  • Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah (1957)
  • Dato’ Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) (1996)
  • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1997) – bawa gelaran Tan Sri.

Kehidupan peribadi

Suami – Allahyarham Datuk Dr Abu Bakar bin Ibrahim, bekas Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) (1918-1979).

Anak:

  1. Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar
  2. En Ezani
  3. Dr Normi
  4. Allahyarhamah Rosina – meninggal dunia dalam Tragedi Highland Towers

Meninggal dunia – 20 Julai 2014 (96 tahun) akibat sakit tua.