Senarai Baucar Foodpanda Yang Boleh Anda Guna Untuk Diskaun Berganda

Sumber: The Malaysian Reserve

Sebut sahja Foodpanda, ramia yang tahu tentang perkhidmatan ini. Tapi ramai yang kurang tahu dengan kod-kod baucar Foodpanda yang boleh menjimatkan lagi pembelian.

BACA: Nasi Briyani Gam Sampai 14 Set, Kisah Anak Saudara Lapar ‘Order’ Foodpanda Buat Netizen Terhibur

Seiring dengan kemajuan teknologi, aplikasi perkhidmatan makanan semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Ini kerana kerja pembelian makanan menjadi lebih mudah yang mana pesanan hanya dilakukan menerusi aplikasi di telefon bimbit dan makanan akan sampai terus di pintu rumah.

Beg Foodpanda
Sumber: Nikkei

Namun, ada sesetengah restoran dan makanan yang meletakkan harga sedikit tinggi berbanding yang dijual di kedai fizikal. Namun itulah harga yang perlu dibayar untuk ketidakrajinan keluar rumah.

Ditambah dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai yang beralih kepada perkhidmatan ini.

Jadi, untuk anda dapatkan diskaun berganda semasa pembelian, kami senaraikan beberapa kod baucar yang boleh anda gunakan di aplikasi Foodpanda.

BAUCAR FOODPANDA 2020

JOY – RM7 OFF

Baucar Foodpanda 2020 1

TAPAUFEAST – 30% OFF

Foodpanda 2020 3

CUBAPANDA – RM10 OFF

Foodpanda 2020

RIANG – RM6 OFF

Baucar Foodpanda 2020 4

Dengan penggunaan kod-kod berkenaan, anda sudah boleh berjimat lebih RM100!

Foodpanda 2020 2

Sebelum ini pernah tular kisah seorang kanak-kanak yang  hampir membuat pesanan berjumlah lebih RM1,800 di Foodpanda kerana lapar.

Pesanan yang berjumlah besar itu nyata bukan hanya terjadi kepada beliau tetapi juga beberapa individu lain yang mempunyai anak kecil. Kebiasaannya berlaku apabila membiarkan anak-anak main telefon tanpa memantau.

Pernah juga suatu ketika dahulu, tular gambar keadaan tapak pelupusan sampah haram di lereng bukit Jalan Gombak berhampiran Hospital Orang Asli yang dipenuhi sampah domestik, pukal dan beg penghantar makanan Foodpanda.

BACA: Isu Beg Terbuang: Lelaki Ini Nekad Buat ‘Penghantaran Khas’ Ke Pejabat Foodpanda

Susulan itu, lokasi tersebut telah disita di bawah Jabatan Hutan sementara JKR Gombak menyelenggarakan jalan di situ serta syarikat penghantar makanan Foodpanda telah diberi notis amaran daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) atas sebab terdapat beberapa longgokan beg hantaran makanan milik syarikat terbabit.

Penularan itu dilakukan oleh Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi HELP University, Andy Hickson di akaun Facebooknya. Beliau meluahkan kekecewaan apabila kawasan yang sering didaki menjadi tempat pelupusan sampah haram.