Ini Punca Tercetus Gesaan Boikot Produk Perancis Secara Besar-Besaran

Boikot Perancis

Ketika ini, di rantau Arab dan beberapa negara Muslim termasuk Malaysia telah melancarkan gerakan untuk boikot produk Perancis sebagai tanda protes terhadap sentimen anti-Islam yang kembali meningkat di negara itu.

Semuanya bermula apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan angkuh mengkritik umat Islam serta berikrar mempertahankan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW.

BACA: Protes Sentimen Anti-Islam, Negara-Negara Arab Lancar Gerakan Boikot Produk Perancis

Boikot Perancis
Boikot Produk Perancis

Dari pembunuhan guru Sejarah kepada boikot produk Perancis

Menurut kenyataan Alif Mastor, Perancis dahulu merupakan negara Imperial, Perancis dahulunya banyak menjajah negara Islam di Afrika contohnya dan membawa balik kanak-kanak dari negara-negara ini untuk menjadi hamba di Perancis.

Rakyat Perancis yang beragama Islam kini lebih kurang lapan peratus dari keseluruhan rakyat Perancis tidak termasuk dengan bilangan imigran yang bukan rakyat Perancis.

Dalam keadaan negara Perancis yang berbilang kaum mereka mengamalkan ‘total secular dalam pentabiran mereka dimana mereka menolak elemen agama secara sepenuhnya dalam pentabiran dan kehidupan mereka.

Sentimen anti-Islam kembali memuncak bermula dari majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, melakukan tindakan provokatif menerbitkan kandungan anti-Islam dan karikatur Nabi Muhammad, yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Kartun kontroversi itu mencetuskan kemarahan dan ketidakselesaan dalam kalangan orang Islam seluruh dunia pada 2015 apabila ia pertama kali diterbitkan oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten.

Awal September 2020, Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun seumpamanya ketika permulaan perbicaraan serangan militan Islam di pejabatnya di Paris pada Januari 2015, yang mengakibatkan 12 orang terbunuh.

Pada Oktober 2020, empat murid sekolah ditahan polis kerana disyaki membantu lelaki yang memenggal kepala seorang guru sejarah, Samuel Paty di luar sekolah kerana guru tersebut memaparkan karikatur yang didakwa Nabi Muhammad SAW untuk dibincangkan di dalam kelas ketika mengajar atas dasar hak kebebasan bersuara.

Selepas insiden itu, Presiden Perancis mengeluarkan ucapan bahawa Islam dan penganutnya sebagai ‘pemisah’ selain pernah mengatakan Islam adalah agama yang dilanda krisis di seluruh dunia.

Umat Islam turut marah dengan tindakan Perancis yang memberikan penghormatan tertinggi kepada guru yang dipenggal kepala itu.

Macron sebaliknya mempertahankan tindakan guru tersebut dan memberi anugerah khas Légion d’honneur dalam satu majlis yang diadakan pada 21 Oktober lalu di Universiti Sorbonne dan menganggapnya sebagai ‘hero’.

Boikot Perancis

Selain itu, Macron turut menyifatkan pembunuhan itu sebagai ‘serangan pengganas Islam’ yang meragut nyawa guru Perancis dan kemudian berkata, “Perpaduan dan ketegasan adalah satu-satunya jawapan terhadap keganasan-keganasan Islam“.

Perancis juga menyiarkan paparan gambar menghina Nabi Muhammad SAW di lobi dan di hadapan beberapa bangunan di negara itu.

Kenyataan Macron itu telah mendapat kecaman dari pemimpin negara Islam. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak membeli barangan atau produk yang dikeluarkan dari Perancis.

Erdogan juga mengatakan Macron perlu melakukan pemeriksaan mental kerana berikrar untuk mempertahankan nilai sekular dan memerangi radikal Islam.

Akibat daripada kecaman yang diterima, Perancis mula terancam selepas negara Asia Barat melancarkan boikot terhadap barangan keluaran negaranya.

Kata Alif Mastor, ada satu kajian menunjukkan boikot sesuatu produk ini akan berhasil jika ianya dijalankan dalam hanya dua bulan. Dalam masa dua bulan sahaja ia akan mendatangkan kesan kepada ekonomi Perancis.

Sumber: BH