Teknik Ambil Alih Akaun Media Sosial Trend ‘Phishing’ Scam Terkini

Dalam dunia yang semakin maju teknologinya, pasti akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan data peribadi individu lain bagi menjana pendapatan. Yang terbaru phishing dengan gunakan teknik ambil alih akaun Instagram.

Phishing merupakan satu bentuk percubaan menipu orang awam untuk memberikan maklumat sensitif dengan berpura-pura menjadi seseorang atau perkhidmatan yang anda percaya.

Yang terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend terkini phising adalah menggunakan teknik ambil alih akaun media sosial pengguna.

Sebagai contoh, pengguna Instagram akan menerima satu DM (idirect messenger) daripada akaun Instagram palsu yang menyamar sebagai Official Instagram.

Ambil Alih Akaun Media Sosial Trend ‘Phishing’ Terkini

Pengguna akan diminta untuk memberikan maklumat daftar masuk seperti username, alamat emel dan kata laluan akaun. Daripada situ penggodam akan menggunakannya untuk mengambil alih akaun mereka.

Oleh itu pihak polis menasihati supaya pengguna tidak memberikan respon kepada pautan dalam mesej yang diberikan kerana ianya adalah satu bentuk phishing yang menyasarkan pengguna yang kurang celik IT menerusi skrip pemerdayaan.

Terdahulu, PDRM telah memperkenalkan satu aplikasi iaitu SEMAK MULE bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan sindiket penipuan dalam membendung jenayah ini daripada terus memperdayakan masyarakat.

Tip PDRM beli barang online
Sumber: Jejak

Awal Oktober lalu, satu sindiket Macau Scam melibatkan ejen yang menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan telah ditahan. Sehingga ke hari ini, siasatan masih lagi berjalankan.

BACA: Sindiket Macau Scam Di Malaysia Ditangkap, Kenali Teknik Dan Sistem Jenayah Kolar Putih Ini

Macau Scam merupakan satu sindiket yang menawarkan perkhidmatan cabutan bertuahtipu culik dan minta wang tebusanspoofing pegawai polis atau agensi kerajaan, serta spoofing pegawai bank negara atau bank komersial.

Didalangi sindiket Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan, spoofing merupakan teknik penipuan Macau Scam yang mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan platform Voice Over Internet Protocol (VolP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya penerima bawa pemanggil adalah daripada nombor yang tertera di skrin.

BACA: Peranan Addy Kana Dalam Sindiket Macau Scam

Tonton video di bawah:

Program Klik Dengan Bijak Siri 13/2020

Program Klik Dengan Bijak Siri 13/2020Tajuk: Jenayah Siber vs Jenayah Biasa: Antara Persepsi dan RealitiModerator: Pn Saidatul AshikinPanel: En Mohamad Arif#KlikDenganBijak#MalaysiaICTVolunteer#BicaraKDB#JenayahSiber#CyberCrime#COVID19

Posted by Klik Dengan Bijak on Wednesday, October 21, 2020