Senarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Malaysia Jauh Tertinggal Untuk Tahun 2020

Anda gembira hari ini? Bagaimana pula dengan kawan-kawan anda yang tinggal di negara Malaysia tercinta ini, adakah mereka merasa paling bahagia?

Jika awal tahun lalu, Malaysia menduduki tangga ke-80 daripada 156 buah negara yang ada di dunia, carta baharu senarai negara paling gembira yang dikeluarkan oleh World Happiness Report menyaksikan Malaysia jatuh dua anak tangga.

BACA: Malaysia Jatuh 50 Anak Tangga Dalam Senarai Negara Paling Gembia Berbanding Tahun Lalu

Finland berjaya mengekalkan kedudukan di tangga pertama. Manakala Norway yang dahulunya berada di kedudukan ke-3 telah turun dua anak tangga – kini berada di tangga ke-5.

Manakala, negara jiran Indonesia menunjukkan peningkatan daripada tangga ke-92 ke tangga ke-84. Singapura turut menunjukkan penurunan – daripada kedudukan ke-34 ke kedudukan ke-49.

Senarai Negara Paling Bahagia Di Dunia, Malaysia Jauh TertinggalUntuk Tahun 2020

Carta terkini menyaksikan 10 negara yang paling bahagia ialah Finland, Denmark, Switzerland, Iceland, Norway, Belanda, Sweden, New Zealand, Austria dan Luxembourg.

Perkara yang menyumbang kepada kebahagiaan penduduk adalah daripada segi:

  • layanan sosial yang baik,
  • pemerintah yang jujur,
  • kepercayaan sosial yang tingg,
  • persekitaran yang aman,
  • kehidupan yang sihat,
  • kes rasuah yang rendah,
  • cukai yang digunakan untuk jaminan sosial,
  • perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.

Untuk rekod, rakyat Malaysia pernah jadi negara ke-35 paling bahagia di dunia.

Malaysia Negara Paling Gembira Di Dunia 1

Pada tahun 2019 pula, bandar Melaka tersenarai sebagai bandar paling bahagia di Malaysia diikuti dengan Kuala Terengganu, Seremban, Kulai, Taiping, Kuantan, Bentong, Jasin, Yan dan Jeli.

Penentuan ini adalah berdasarkan kepada pelaksanaan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia.