Jadi Kebiasaan Baharu Masyarakat Dunia, Jepun Cipta Pelitup Muka Yang Mampu Terjemah Bahasa

Pelitup Muka Terjemah Bahasa
Sumber: The Economic

Jepun Cipta Pelitup Muka Yang Mampu Terjemah Bahasa.

Saringan suhu badan, pelitup muka antara kebiasaan baharu masyarakat di seluruh dunia sejak wabak berjangkit COVID-19 melanda.

Seperti salah satu aksesori wajib bagi setiap individu, pelitup muka kini dilihat antara barangan yang mudah dijumpai di mana-mana untuk kemudahan pelanggan.

Pelbagai bentuk pelitup muka berfesyen yang wujud untuk melengkapkan gaya masing-masing malah dilihat makin hari makin canggih pula.

Melihat pada itu, sebuah syarikat terkemuka di Jepun mengambil peluang dengan mencipta pelitup muka yang mempunyai fungsi untuk terjemah bahasa.

Pelitup muka yang dipanggil C-Face itu mempunyai mikrofon yang berfungsi sebagai menghantar ucapan pengguna ke aplikasi telefon pintar yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa pilihan.

Syarikat itu menyatakan bahawa alat silikon ringan yang digunakan untuk tujuan terjemah bahasa itu bermanfaat bagi golongan seperti doktor yang perlu bercakap dengan pesakit dari jarak jauh

Oleh sebab manusia perlu bersemuka, maka terciptalah pelitup muka berteknologi itu walaupun kita masih berhadapan dengan pandemik koronavirus.

Pelitup Muka Terjemah Bahasa
Sumber: Mashable SEA

Bagaimanapun, C-Face tersebut didakwa tidak mampu untuk melindungi pengguna daripada virus Covid-19 dan mereka masih perlu memakai topeng muka di bawahnya.

Sebagai info, Jepun bukan satu-satunya syarikat yang mencipta pelitup muka berteknologi tinggi seperti itu. Sebuah syarikat Singapura juga pernah menghasilkan pelitup muka yang mempunyai sensor di dalamnya.

Sensor tersebut berupaya memantau suhu badan, denyut jantung, tekanan darah dan kadar oksigen darah yang dapat dipindahkan ke aplikasi telefon pintar.

Alat itu juga akan diutamakan untuk pekerja-pekerja barisan hadapan yang merawat pesakit Covid-19 kerana mereka paling kerap terdedah kepada pesakit.

Selain itu, pelabur pelitup muka berteknologi ini turut berharap ia boleh digunakan kepada pekerja migran dan dapat dikomersial secepat mungkin.

Sumber: Mashable SE Asia

BACA: Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple – Video ‘Buka Kotak’