Betul Ke Sakit Prosedur ‘Swab Test’ Boleh Rasa Sampai Ke Otak?

Sumber: KXAN Austria

Ujian saringan COVID-19 semakin giat dijalankan bagi mengesan individu yang positif wabak tersebut. Soalan yang wajib ditanya mestilah, sakit ke buat swab test ni?

Di saat Malaysia diumumkan sedang berdepan dengan gelombang pandemik ke-3, maka semakin ramailah yang terpaksa melalui proses swab test ini.

Prosedur ‘Swab Test’, Sakit Boleh Rasa Sampai Ke Otak 1
Sumber: Chicago

Menurut portal Hello Doktor, ianya bukanlah satu prosedur yang menyakitkan. Tetapi lebih kepada rasa tidak selesa kerana sampel diambil dari hidung (nasofarinks).

Kenapa mesti diambil dari hidung?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sampel perlu diambil dari hidung, bukannya mulut (orofarinks) memandangkan pengambilan sampel dari mulut adalah lebih mudah.

BACA: Malaysia Mula Tawarkan Ujian Pemeriksaan COVID-19 Secara Pandu Lalu

Walaupun ianya logik, namun pengambilan sampel melalui hidung adalah lebih tepat dan mudah berbanding sampel dari mulut.

Ini kerana ianya membolehkan doktor mengakses ruang belakang mulut dan hidung tanpa individu tersebut terasa seperti mahu muntah.

Mungkin ruangan hidung yang agak sempit menjadikan adanya sedikit rasa sakit dan pedih ketika melakukan swab test sehinggakan ada yang menyifatkan otak mereka ditusuk sesuatu menerusi hidung.

Ku menangisss…

Siapa yang edit ni. 🤣🤣🤣Kredit: TV3/@iamunxreality

Posted by ODISI on Tuesday, September 29, 2020

Cecair yang terkumpul di bahagian belakang hidung atau ruangan nasofarinks mempunyai jumlah virus lebih tinggi pada fasa awal jangkitan.

Menurut Dr Daniel Kuritzkes, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Boston menjelaskan kebanyakan virus yang menjangkiti saluran pernafasan akan berkumpul di lokasi sama termasuklah mereka yang dijangkiti influenza.

Sampel diambil dari hidung dan mulut

Pada awal jangkitan, sampel diambil dari hidung dan mulut kerana mereka masih lagi tidak pasti yang mana satu lebih tepat dalam mengesan jangkitan.

Namun disebabkan jumlah putik kapas steril yang makin berkurangan membawa kepada kesimpulan bahawa sampel dari hidung merupakan kaedah dalam memberikan keputusan yang tepat.

Sekiranya, pengambilan sampel dari dua saluran ini tetap diteruskan, ianya boleh membawa kepada pembaziran putik kapas steril.

Apa yang perlu dibuat semasa sampel diambil?

Sampel diambil dalam masa beberapa saat sahaja. Namun ada beberapa perkara yang perlu diketahui semasa sampel diambil.

  • Tidak perlu menahan nafas
  • Tidak bergerak – risau menyebabkan kesakitan dan kecederaan
  • Sentiasa berada dalam keadaan rilek.

Disebabkan kemungkinan untuk individu bersin atau batuk, maka petugas kesihatan yang melakukan ujian diperlukan untuk memakai Kelengkapan Pelindungan Diri (PPE).

Sampel air liur?

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Universiti Yale, keputusan menggunakan sampel air liur agak memberangsangkan walaupun ianya belum disemak oleh barisan panel ahli akademik.

Kajian yang melibatkan pengambilan 121 sampel air liur dan sampel swab hidung daripada 44 subjek mendapati kebanyakan subjek akan merasai kedua-dua kaedah pengambilan sampel swab bagi membuat perbandingan secara langsung.

Hasil analisis mendapati, sampel swab hidung mempunyai risiko negatif palsu yang tinggi – ujian negatif hari ini, tetapi positif pada keesokan harinya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sekiranya pesakit mendapat keputusan negatif daripada dua sampel yang diambil pada jarak masa 24 jam boleh diisytiharkan sihat.

Namun sekiranya swab test menerusi hidung boleh memberikan keputusan negatif palsu, ianya adalah berbahaya untuk komuniti setempat.

Jadi sekiranya pengambilan sampel daripada hidung digantikan dengan diambil daripada air liur, bilangan PPE juga boleh dijimatkan selain daripada lebih memudahkan.

Namun sebelum diimplementasikan, ianya perlu ditelti dengan lebih lanjut oleh barisan panel akademik.