William James Sidis: Pengakhiran Sadis Individu Dengan IQ Tertinggi Di Dunia

Albert Einstein bukanlah satu nama yang asing dalam barisan individu genius di dunia. Selain beliau, antara nama lain individu yang sering dikaitkan dengan memiliki IQ tertinggi ialah Stephan Hawking dan Leonardo da Vinci. Namun ada satu nama yang kurang mendapat perhatian biarpun beliau merupakan individu yang memiliki IQ tertinggi di dunia iaitu William James Sidis (1898).

BACA: Kenali Satu-Satunya Kucing Bijak Yang Memiliki Kertas Kajian Saintifik Sendiri

Walaupun IQ Sidis tidak diketahui secara tepat, namun sama seperti Einstein dan da Vinci, pakar-pakar menganggarkan IQ beliau adalah antara 250 hingga 300 iaitu individu dengan IQ yang tertinggi dalam sejarah.

Apa yang membuatkan pakar membuat kesimpulan William James Sidis adalah individu dengan IQ tertinggi iaitu antara 250 hingga 300?

Sidis lahir dalam genetik keluarga yang pintar yang mana ayahnya adalah seorang ahli psikologi manakala ibunya pula seorang doktor.

Sidis mula menunjukkan kepintarannya sejak dari kecil lagi dan mampu membaca akhbarThe New York Times ketika berusia 18 bulan sebelum boleh menggunakan mesin taip pada usia lima tahun lagi.

William James Sidis Pengakhiran Sadis Individu Dengan IQ Tertinggi Di Dunia

Boleh bertutur dalam enam bahasa iaitu Latin, Greek, Rusia, Perancis, Jerman dan Hebrew, ketika berusia sembilan tahun, permohonan Sidis untuk masuk ke Universiti Harvard ditolak hanya kerana beliau masih kanak-kanak.

Kemudiannya Universiti Harvard terpaksa menerimanya masuk ketika beliau berusia 11 tahun selepas kuliah mengenai fizik empat dimensinya mendapat perhatian meluas masyarakat.

Mencatat sejarah sebagai individu termuda diterima masuk ke universiti berprestij tersebut, Sidis kemudiannya terus mengajar selepas berjaya menyelesaikan pengajiannya pada usia 16 tahun.

William James Sidis Pengakhiran Sadis Individu Dengan IQ Tertinggi Di Dunia 1

Namun kerana berstatus kanak-kanak dan jauh lebih muda daripada pelajar-pelajarnya, kelas Sidis (Harvard Mathematical Club) seringkali diabaikan – pelajar seakan tidak mahu belajar kerana diajar oleh seorang remaja.

Disebabkan terlampau popular pada usia yang muda, Sidis tidak mempunyai hubungan sosial yang baik dengan orang sekelilingnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan bidang akademik dan menceburi bidang politik.

Kontroversi

Pada tahun 1919, Sidis ditangkap ketika berdemonstrasi di Boston May Day Socialist March dan menjalani hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan merusuh dan menyerang pegawai polis – yang mana ianya tidak dilakukannya.

Selepas selesai menjalani hukuman, Sidis bertekad untuk hidup jauh daripada menjadi tumpuan masyarakat. Bekerja sebagai kerani akaun di syarikat-syarikat kecil, Sidis akan segera berhenti sekiranya identiti beliau diketahui.

William James Sidis Pengakhiran Sadis Individu Dengan IQ Tertinggi Di Dunia 2

Impian beliau mahu menjalankan mesin tambah tidak kesampaian menjadikan beliau ‘sakit’ secara fizikal apabila terpaksa berdepan dengan formula-formula matematik.

Pemergian

Pada tahun 1937, Sidis muncul buat kali terakhir di media ketika media The New Yorker menerbitkan satu artikel yang merendah-rendahkan dirinya.

Namun apabila Sidis membawa hal tersebut ke mahkamah dengan dakwaan telah berlakunya pencerobohan privasi dan fitnah jahat, hakim menolaknya dengan memberikan alasan bahawa apabila seseorang itu bergelar public figure ianya tetap selalu menjadi public figure yang menjadi tumpuan orang awam.

Pada tahun 1944, Sidis dilaporkan meninggal dunia akibat daripada pendarahan otak pada usia 46 tahun dalam keadaan diri yang tidak berharta.