Penduduk Kampung Culik Buaya, Tuntut Wang Tebusan RM2,800

Buaya Tebusan

Buaya ‘Diculik’ Penduduk Kampung, Tuntut Wang Tebusan RM2,800

Biasa kita dengar apabila berkaitan dengan penculikan, mangsanya ialah manusia. Tetapi kes kali ini berbeza apabila mangsa culiknya ialah seekor buaya.

Penduduk kampung di Utara India panik apabila menjumpai seekor buaya yang mengendap di sebuah kolam setempat. Buaya tersebut sebenarnya berjaya melepaskan diri dari pusat hidupan liar di Uttar Pradesh selepas banjir monsun.

Biarpun ia cuba menyembunyikan diri di dalam kolam, namun penduduk berjaya mengesan kemudian membuat perancangan menangkapnya untuk dijadikan tebusan.

Reptilia sepanjang dua meter dari kolam simpanan berada di sebuah kampung Midania yang miskin di wilayah berkenaan.

Setelah berjaya ditangkap, penduduk kampung kemudian menuntut wang tebusan dari pihak atasan berjumlah Rs50,000 lakh (RM2,800). Insiden itu juga membuatkan Pegawai Perhilitan terpaksa mengambil masa berjam-jam meyakinkan penduduk di situ bahawa menahan seekor buaya merupakan kesalahan dari segi undang-undang.

Malah, pegawai berkenaan terpaksa meminta bantuan polis serta tentera untuk menguruskan pelepasan buaya terbabit.

Buaya Tebusan

“Ia membuatkan kami mengambil masa berjam-jam untuk meyakinkan mereka dengan bantuan polis dan pihak berkuasa untuk melepaskan buaya itu,” kata pegawai bernama Anil Patel.

Penduduk kampung dikatakan tidak tahu buaya merupakan haiwan terlindung di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India.

Penduduk kampung hanya melepaskan buaya itu selepas diberitahu mereka berisiko melanggar undang-undang dan boleh dijatuhkan penjara sehingga tujuh tahun kerana tindakan itu.

“Mereka tidak tahu bahawa buaya itu adalah binatang yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar. Penting bagi kita untuk mendidik lebih ramai orang mengenai hidupan liar,” tambahnya.

Buaya itu kemudian dibebaskan di Sungai Ghagra pada hari yang sama.

Sumber: India Today

BACA: Lihat Aksi Buaya ‘Test Power’ Berlumba Dengan Bot Laju Tarik Perhatian Netizen