Selangor Negeri Paling Tertinggi Keluarkan Lesen Arak Kelas Runcit

Sumber: MalaysiaKini

Daripada 5,791 lesen arak kelas runcit yang dikeluarkan di seluruh Malaysia, sebanyak 1,721 daripadanya adalah dari Selangor diikuti dengan Sarawak (1,212) dan Johor (558).

BACA: Kejadian Pemandu Mabuk Kerap Berlaku, Wilayah Persekutuan Cadang Bekukan Lesen Arak

Data yang diperoleh daripada kerajaan negeri itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Ismail Abd Muttalib di Dewan Rakyat hari ini susulan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago mengenai penjualan arak murah dan tanpa lesen.

Menurut Ismail, buat masa ini KPKT tiada cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membendung penjualan arak murah dan tanpa lesen kerana Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah pun menubuhkan dan mempengerusikan Jawatan kuasa Pemandu Multi-Agency Task Force bermula Januari ini bagi membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras.

Orang Awam Taiwan Kenakan Hukuman Mati Pada Pemandu Mabuk

Setakat 7 Jun lalu, sebanyak 67 kemalangan telah dicatatkan akibat daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol dengan angka korban seramai tiga orang.

Kadar ini dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun yang mana pada 2018, kes keseluruhan yang dicatatkan akibat daripada punca sama adalah 60 kes dengan tiga orang mangsa korban, manakala pada 2019 dengan 56 kes dengan empat orang mangsa korban.

BACA: Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Paling Keras – Bekas Menteri Pengangkutan

Dalam satu perkembangan terbaharu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bakal dipinda kepada hukuman yang lebih berat terhadap individu yang disabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau pun secara merbahaya.

Sumber: Projek MM