Teknologi Semakin Berkembang, Tapi Sistem Pengurusan Sampah Negara Ini Masih Mundur

Sistem Pengurusan Sampah India Mundur
Sumber: Indianexpress

Bencana datang dalam pelbagai bentuk. Antara bencana alam sering melanda negara ialah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Iklim atau hujan sememangnya pencetus banjir, banjir kilat dan tanah runtuh, namun ia tidak boleh dijadikan alasan berlakunya bencana alam.

Umumnya, kawasan yang kerap mengalami bencana seperti banjir, sering dikaitkan dengan sistem perparitan yang kurang sempurna antaranya terlalu kecil, parit tersumbat atau ada projek pembangunan baharu di kawasan berhampiran dan kelakuan masyarakat yang sering membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai juga menjadi punca utama kejadian banjir kilat.

Inilah punca sikap sambil lewa dan kecuaian manusia berinteraksi dengan alam yang mengakibatkan pelbagai bentuk bencana yang mendatangkan segala bentuk kerosakan dan kerugian.

Terbaru, tular sebuah video beberapa kumpulan membuang timbunan sampah secara terang-terangan di salah sebuah sungai Tamil Nadu, India. Video berdurasi hampir dua minit itu menjelaskan masyarakat di sana tidak mempunyai sistem pengurusan sampah yang teratur sehingga menyebabkan mereka terus membuang sampah ke dalam sungai daripada lori-lori sampah.

This is how solid waste management is done in Tamil Nadu State, Cuddalore district, Thittakudi village, Vellar river.No words to explain this Idiocracy. Greenpeace International, Tamil The Hindu, Hindustan Times, The Times of India, News18 Tamil Nadu, PuthiyaThalaimurai TV

Posted by Eco Society India on Wednesday, December 4, 2019

“Tiada perkataan untuk menjelaskan situasi di Sungai Valler ini,” kata pengendali akaun tersebut.

Tidak hairanlah mengapa terjadinya banjir di negara itu pada September lalu yang meragut sekurang-kurangnya 44 nyawa. Antara punca kematian kebanyakan mangsa adalah akibat ditimpa dinding runtuh, lemas dan gigitan ular.

Sistem Pengurusan Sampah India Mundur
Sumber: Ganga Action Parivar

Sikap masyarakat menjadikan sungai seolah-olah tempat pelupusan sampah sarap, sisa pertanian serta industri, antara punca utama pencemaran sumber air yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Namun, kami percaya kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi memberi kesedaran kepada masyarakatnya tentang kebersihan. Sebagai contoh, Perdana Menteri mereka menjanjikan India akan bebas daripada perbuatan membuang air besar di tempat terbuka (biasanya di sungai) dengan memperbanyakkan tandas kepada rakyatnya.

Ingatlah, jika kita menjaga alam sekitar, maka alam juga akan menjaga kita.