Momen ‘Tunduk Hormat’ Graduan UKM Pada Ibu Bapa, Pensyarah Undang Rasa Sebak Netizen

Majlis konvokesyen merupakan antara majlis yang dinantikan terutamanya dalam kalangan graduan sendiri. Merupakan momen yang mengundang seribu rasa, majlis konvokesyen turut membawa makna kejayaan ibu bapa serta guru dalam membimbing kehidupan pelajar sehingga mampu bergraduasi pada waktu tersebut.

Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi universiti, setiap universiti akan berkongsikan momen-momen ini yang berlaku sepanjang acara ini berlangsung.

Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam telah berkongsi satu gambar yang memperlihatkan graduannya menunduk hormat kepada barisan ibu bapa dan pensyarah sebelum dibenarkan duduk.

Graduan UKM Tunduk Hormat Ibu Bapa Pensyarah 1

Ritual ringkas empat saat ini dilakukan selepas habis satu sidang turut dipanggil sebagai ‘tunduk empat penjuru’ mengikut kepada resmi padi, semakin padi berisi, semakin padi menunduk.

Acara ini boleh anda boleh lihat dalam pautan video di bawah pada minit 2:50:06.

Hanya dengan kapsyen yang cukup ringkas, pengguna media sosial dapat merasakan ketulusan graduan dalam memberikan penghargaan dan menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang banyak berjasa kepada mereka.

“Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru,semua graduan diminta berdiri.”

“Hormat kepada ibu bapa,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,dan
hormat kepada para guru
ke kanan, TUNDUK.”

“Para graduan dipersilakan duduk.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa kagum mereka dengan ritual yang dilakukan oleh pihak UKM kerana mempamerkan rasa penghargaan graduan dalam cara yang paling sopan.

Pernah anda tahu tentang di sebalik tabir permainan video.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI