Masyarakat Di India Masih Amalkan Tanam Anak Perempuan Hidup-Hidup

India Amalkan Tanam Bayi Perempuan
Sumber: IndianExpress

Tular rakaman video di media sosial menunjukkan beberapa anggota polis sedang menyelamatkan bayi perempuan yang mahu ditanam hidup-hidup.

Dalam rakaman tersebut, anggota polis sedang menghampiri dan bersemuka dengan seorang lelali yang memegang segumpal selimut dan seorang lagi sedang menggali lubang dengan tangan.

Ketika disoal siasat, salah seorang lelaki mengaku mereka dalam proses untuk menanam bayi berkenaan. Katanya, bayi tersebut telah meninggal dunia di hospital.

Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua apabila anggota polis mengesyaki bayi berkenaan bergerak-gerak dalam selimut yang mendedahkan niat sebenar mereka.

Menurut Daily Mail, lelaki yang memegang bayi itu merupakan datuknya. Katanya, mereka sekeluarga memutuskan untuk tidak menerima bayi itu setelah mengetahui jantina perempuan.

India Amalkan Tanam Bayi Perempuan
Sumber: Daily Mail

Datuk kepada bayi perempuan itu bersama seorang lagi lelaki yang juga saudara kepada bayi berkenaan ditahan dan dibebaskan selepas kenyataan diambil. Manakala bayi itu dihantar ke hospital semula untuk siasatan lanjut.

Kejadian itu dilaporkan oleh seorang pemandu teksi yang memberitahu polis apabila melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan dengan salah seorang daripada mereka membawa beg, dan seorang lagi menggali lubang tidak jauh dari tempat menunggu bas di Hyderabad, India.

Kes ini berlaku dua minggu selepas seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan masih hidup selepas ditinggalkan dalam periuk tanah selama dua hari. Bayi itu ditemukan oleh lelaki yang mahu menggali kubur untuk menanam hidup-hidup anak perempuannya sendiri.

India masih lagi dibelenggu oleh kepercayaan bahawa bayi perempuan merupakan satu bebanan kepada keluarga kerana apabila mereka mahu berkahwin perlu bayar dowri.

Sumber: Daily Mail

 

Lakonan hebat Will Smith.

Gemini Man | 3D Plus Featurette

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.