BNM Perluas Kriteria Peminjam Beli Rumah Mampu Milik

BNM Rumah Mampu Milik
Sumber: Mstar

Memiliki rumah yang selesa adalah impian golongan muda. Pada usia ini pastinya mereka bersemangat untuk memperoleh sesuatu serta optimis terhadap cita-cita atau impian termasuklah memiliki rumah sebagai aset.

Awal tahun ini, kerajaan telah melancarkan Dana Rumah Mampu Milik oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Dana itu ditubuhkan bagi membantu golongan terbabit membeli rumah mampu milik berharga sehingga RM150,00.

Dengan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperluaskan kriteria kelayakan bagi Dana Rumah Mampu Milik. Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pendapatan bulanan isi rumah yang layak telah dinaikkan kepada RM4,360 daripada RM2,300 sebelum ini, manakala harga hartanah maksimum ditingkatkan kepada RM300,000 daripada RM150,000.

Tambahan ini akan berkuatkuasa pada 1 September depan, ia merupakan satu inisiatif tambahan oleh BNM bagi membantu golongan berpendapatan di bawah 40 untuk memiliki rumah pertama mereka.

BNM Rumah Mampu Milik
Sumber: HalalMoney

“Kami belum menetapkan sebarang sasaran prestasi, tetapi tujuannya adalah bagi menangani kes-kes (permohonan pembiayaan yang ditolak) dan membantu meningkatkan kelayakan.

“Kami berharap orang awam serta peminjam yang menghadapi penolakan pembiayaan akan menggunakan kemudahan ini,” katanya.

Peminjam mesti pekerja bergaji atau bekerja sendiri dan tidak mempunyai mana-mana rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan.

BACA: Peminjam PTPTN Bebas Senarai Hitam Jika Beli Rumah Pertama

Sumber: FMT

 

Lexis Hibiscus 2 lebih mewah daripada yang pertama.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.