Petua Mujarab Rawat Batuk Guna Bawang Dan Madu

Cuaca Malaysia yang kering dan panas membuatkan penduduknya tidak lari daripada didatangi sakit seperti demam, sakit kepala dan batuk. Batuk yang berpanjangan akan menyebabkan rasa tidak selesa.

Ada di antara kita tidak gemar makan ubat batuk yang dijual di farmasi kerana mengandungi bahan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk iaitu promethazine.

Dr Rizal Abu Bakar di hantaran Facebooknya telah berkongsi petua merawat batuk dengan menggunakan cara alternatif iaitu gabungan daripada bawang dan madu sahaja.

1. Buang kulit bawang dan bahagikan kepada dua bahagian. Leraikan lapisan-lapisan bawang.

2. Masukkan dua sudu madu ratakan pada bawang dan biarkan sekitar empat hingga lapan jam.

Rawat Batuk

3. Kacau sebati jus bawang yang keluar bersama madu.

4. Minum satu sudu kecil campuran tadi tiga kali sehari.

Jika anda amalkan selalu, InshaAllah anda akan selamat daripada jangkitan sakit seperti batuk, demam dan sebagainya.

Sempat juga Dr Rizal memberitahu ini adalah langkah pencegahan. Jika masih tidak sembuh, eloklah berjumpa terus dengan pakar perubatan yang lebih mengetahui.

Sumber: Dr RIzal Abu Bakar

 

Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS Group dan KOLS.

JStarS Group and KOLS : Grand Launch

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.