
BlackBerry Bakal Buat Kemunculan Semula Dengan Fungsi Papan Kekunci Fizikal
Awal tahun 2020, TCL Communications mengumumkan mereka tidak lagi akan memperbaharui lesen untuk jenama BlackBerry. Ini bermakna peranti jenama BlackBerry tiada lagi peranti baharu dan ditawarkan bermula 31 Ogos ini.
Merupakan salah satu jenama popular sekitar sedekad lalu bersama Nokia, dalam perkembangan baharu BlackBerry mengumumkan akan mengeluarkan satu peranti baharu jenama tersebut pada pertengahan 2021.

Dengan kerjasama OnwardMobility dan FIH Mobile, telefon pintar model 2021 ini dikatakan akan dilengkapkan dengan papan kekunci fizikal yang menjadi trademark BlackBerry sejak dahulu.
Menggunakan sistem operasi Android, ianya juga dikatakan bakal dilengkapkan dengan sokongan rangkaian 5G dan keselamatan end-to-end yang menjadikan telefon pintar ini sebagai ‘sangat selamat’.
Namun menurut OnwardMobility, telefon BlackBerry ini tidak akan dipasarkan untuk pasaran dunia sebaliknya hanya akan dipasarkan untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah sahaja.
Sumber: Independent