Black Eyed Peas Puji Malaysia

Black Eyed Peas Puji, Imbau Jasa Malaysia Bantu Mangsa Tsunami Aceh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingatkah peristiwa tsunami iaitu gelombang raksasa yang menghancurkan Banda Aceh pada 26 Disember 2004?

Ratusan ribu nyawa terkorban selain bangunan hancur lebur manakala ribuan lagi hilang. Kejadian akibat gempa bumi berhampiran Banda Aceh pada 26 Disember mengorbankan 52 mangsa terkorban manakala 141 cedera berdekatan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Balik Pulau.

Mengenang detik hitam itu, kumpulan muzik terkenal Amerika Syarikat Black Eyed Peas (BEP) melahirkan rasa cinta mereka pada negara Malaysia dengan cara yang cukup menyentuh hati.

“Awak tahu tak kenapa saya begitu menyukai Malaysia? Pada 2004 bencana alam berlaku di Indonesia, di Banda Aceh, kejadian tsunami itu mengorbankan banyak nyawa,” kata salah seorang penyanyinya Wiliam Adam atau lebih dikenali sebagai Will.I.Am.

Gempa dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 skala Richter itu menggoncang dasar laut di barat daya Sumatera. Dalam beberapa jam sahaja, gelombang tsunami sampai sehingga ke daratan Afrika.

Ucapan pendek itu dikongsi menerusi laman sosial Twitter. Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Im berkongsi sepotong video menunjukkan ucapan penghargaan kumpulan yang popular itu pada Malaysia.

Black Eyed Peas Puji Malaysia
Sumber: IG

“Ketika itu saya melihat Malaysia, sebuah negara yang menjaga kebajikan negara jiran yang ditimpa musibah, inilah antara pengalaman indah yang dapat dirasakan apabila berada di sini ketika itu.”

Beliau berkata demikian dalam konsert tertutup sempena acara tahunan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pada Sabtu lalu. Sejurus membuat ucapan itu, Black Eyes Peas terus mendendangkan lagu hits mereka Where Is The Love?

“Walaupun kejadian itu berlaku pada tahun 2005, perkara itu sangat indah dan membuat saya sedar, begitu besarnya rasa cinta yang dimiliki oleh negara ini,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan ucapan ketua kumpulan BEP itu dan berharap BEP dapat membuat persembahan secara terbuka di Malaysia.

Video itu sehingga kini telah menerima hampir 170,000 tontonan dan 13,000 ulang kicau daripada netizen.