BL Boy’s Love

BL (Boys’ Love) – Hiburan Bertemakan ‘Kunyit’ Yang Kini Semakin Mudah Diakses Kanak-Kanak!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Amat menyedihkan melihat rancangan hiburan pada hari yang semakin tercemar dan menjahanamkan minda kanak-kanak.

Dari siri kartun dan animasi sehinggalah filem-filem superhero, semuanya sengaja diselitkan dengan unsur-unsur LGBT.

BACA: ‘Agenda Sesat Makin Berleluasa’ – Ibu Bapa Diseru Pantau Tontonan Anak-Anak

Lebih menyedihkan, ianya juga kini lebih mudah diakses oleh kanak-kanak seawal umur 5 hingga 7 tahun yang tahu menggunakan gajet.

Haikal Zulkefli melalui satu hantaran di Facebooknya telah mendedahkan perkara ini yang sempat di’kantoi’kan sendiri olehnya baru-baru ini di sebuah surau!

Turut dikongsikan olehnya ialah beberapa tangkap layar di TikTok yang menunjukkan anak-anak muda pada hari ini yang tidak langsung berasa malu dan bersalah walaupun turut pernah ‘kantoi’.

Astaghfirullah. Apalah nak jadi dengan anak-anak muda zaman sekarang? Semoga ibu bapa semua lebih cakna dan dapat pantau aktiviti anak masing-masing selepas ini.

1 BL Boy’s Love

Alkisahnya beberapa hari lepas saya mengunjungi sebuah surau untuk solat Maghrib ketika itu. Selesai ambil wuduk terus, berkejar sebab tak nak masbuk.

Masa nak masuk surau, nampaklah ada sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 5-7 tahun sedang berkumpul. Tapi sebab nak cepat, saya masuk tanpa hiraukan mereka.

Bila dah selesai solat, on the way nak pergi ke kereta masih nampak lagi mereka berkumpul. Tak tahulah kenapa rasa nak pergi dekat mereka, tapi rasa tak sedap hati.

Saya cuba nyorok juga di sebalik tembok masjid sebab nak tengok apa yang diorang buat tanpa diorang sedar. Biasa kalau budak-budak tengah happy ni sama ada main ML atau tengok video.

Tapi kali ni terkejut bercampur sedih. Agak-agak korang sebab apa?

Sebab bila dah dekat dengan diorang, tak lekang dari mulut masing-masing perkataan lucah yang saya sendiri pun tak tergamak nak sebut. Paling tergamam, diorang buat aksi based on benda yang diorang tengok.

Diorang bukan tengok video lucah, tapi tengok movie BL (itu yang saya dengar dari mulut salah seorang budak-budak tu). Dan kebetulan adegan yang sempat saya tengok tu adalah adegan lelaki sesama lelaki berciuman.

Saya pun sebab tak tahan terus munculkan diri dan minta diorang tutup movie sebelum saya sendiri ambil dan bawakan pada ibu bapa mereka. Mereka memang takut dan lesap sekelip mata.

Inilah akibat dari kita menormalisasikan softporn. Tanpa kita sedar, ia sedang menghancurkan generasi kita seperti parasit. Sedang kita menghambakan diri kepada Allah, anak-anak kita sedang diperhambakan oleh gajet yang membawa kerosakan.

Saya juga kongsikan tangkap layar bagaimana anak-anak kita di TikTok. Mereka hilang rasa malu dan paling best bila mak ayah pun sokong untuk menonton filem berunsur Eljibiti ni.

Saya juga punya anak. Saya tidak akan menghakimi apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut. Saya hanya mampu mendoakan serta menegur semampu saya.

BL atau Boy’s Love adalah sebuah terma yang digunakan oleh anime atau manga untuk mempromosikan cerita berunsur percintaan sejenis (lelaki) yang rata-ratanya mendapat tempat di hati orang-orang muda.

Definisi BL lebih lanjut: https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yaoi

Moga Allah lindungi kita. Kita akan terus berjuang untuk pastikan nilai buruk ini tidak menghancurkan generasi kita.

Doakan kita semua.

P/s: Ini sahaja sempat saya tangkap. Moga kita sentiasa pantau anak-anak kita.

#NastiaUmmah
#TolakEljibiti

BL Boy’s Love

Sumber: Facebook Haikal Zulkefli