
Bintang NBA, Kobe Bryant, Anak Perempuan Antara Yang Maut Dalam Nahas Helikopter
Melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada November 2018, Pulau Pangkor akan dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai baharu untuk merealisasikan potensi pulau itu sebagai pusat pelancongan seperti mana Pulau Langkawi.
BACA: Pulau Pangkor Akan Dijadikan Pulau Bebas Cukai
Perkara ini disambut baik oleh kerajaan negeri Perak bagi membangunkan sektor pelancongan di negeri itu. Pulau Pangkor akan mendapat status bebas cukai mulai 1 Januari 2020.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk mewartakan pulau itu sebagai cukai bebas. Pangkor juga akan dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Pelancong tempatan juga mengatakan bahawa status bebas cukai merupakan idea yang baik jika pihak berkuasa menggunakan status itu untuk membawa masuk kedai-kedai yang menjual barangan berjenama seperti coklat, minyak wangi dan pakaian.
Jika hal itu dapat direalisasikan, makin ramailah yang akan berpusu-pusu ke Pulau Pangkor.
Sumber: Malay Mail
Nasi lemak mana yang ngam dengan tekak anda?
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.