Sonny Chiba Meninggal Dunia

Bintang Bela Diri ‘Kill Bill Vol. 1’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terkenal dengan aksi menjatuhkan lawan hanya dengan menggunakan jari untuk menyerang titik-titik maut di kerongkong, bintang bela diri yang berasal dari China, Sonny Chiba dilaporkan meninggal dunia akibat daripada kompilasi disebabkan oleh virus pandemik COVID-19.

Beliau yang berusia 82 tahun mula menceburkan diri dalam bidang perfileman pada tahun 1960 dan dikenali sebagai bintang bela diri Jepun dengan deretan filem aksinya.

Bermula dengan Karate Kiba, nama Chiba melonjak naik selepas terlibat dalam filem Hollywood, The Street Fighter pada tahun 1974 sebelum mengukuhkan lagi tapaknya dengan beberapa filem pecah panggung seperti Kill Bill, The Bullet Train, Karate Warriors serta The Fast and The Furious: Tokyo Drift.

D1238EE3-4FDE-4E6E-B77E-E11FC793481E
Sumber: Celebrity Access

Membawa watak Hattori Hanzo dalam filem Kill Bill, Chiba dikatakan sudah mula dijangkiti pada akhir Julai lalu dan menjalani kuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke hospital susulan daripada penurunan kadar oksigennya.

Belum sempat divaksinasi, pemilik nama sebenar Sadaho Maeda ini mendapat didikan daripada Mas Oyama, master dalam bidang karate sehingga beliau berjaya memperoleh beberapa tali pinggang hitam sepanjang berada di bawah tunjuk ajar Oyama.

Sonny Chiba Meninggal Dunia
Sumber: Toronto Sun

Sebelum ini, peminat animasi Doraemon dan Dragon Ball apabila komposer lagu temanya, Kikuchi Shunsuke dilaporkan meninggal dunia di usia 89 tahun.

Shunsuke merupakan salah seorang komposer yang menerima paling banyak tawaran di Jepun, Kikuchi juga terlibat dalam menggubah lagu filem aksi ganas (Kill Bill), jidaigeki dan juga drama televisyen.

Pada tahun 2017, Kikuchi mengumumkan untuk berehat sebentar daripada industri bagi menumpukan perhatian kepada kesihatannya sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat daripada penyakit radang paru-parunya.

Baca lanjut di: Komposer Lagu Tema ‘Doraemon’ & ‘Dragon Ball’ Meninggal Dunia