Bini Atau Emak

‘Bini Atau Emak?’ – Dilanda Konflik Bakal Isteri Tak Mahu Tinggal Bersama Ibu Yang Sakit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Antara dilema yang sering menghantui kaum lelaki adalah keutamaan yang patut diberikan kepada ibu bapa ataupun isteri serta keluarga sendiri.

Bagi mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, persoalan ini juga pasti akan menimbulkan masalah besar sekiranya bakal isteri tersebut tidak sanggup tinggal dengan kedua-dua ibu bapanya.

Lebih-lebih lagi sekiranya orang tuanya tersebut sudah uzur dan si isteri tadi terpaksa pula mentaati suaminya dengan menjaga mereka dalam satu pakej rumah tangga.

Konflik ini dibangkitkan oleh seorang lelaki yang akan berkahwin dalam masa beberapa bulan lagi tetapi buntu dengan keputusan bakal isterinya yang tidak mahu tinggal bersama ibunya yang sakit.

Dalam membincangkan isu ‘bini lawan emak’ ini, Nurul Izzah Zainol telah membuat satu hantaran menarik di Facebooknya yang boleh sama-sama dijadikan panduan buat kaum lelaki yang menghadapi masalah yang sama.

Siapakah yang perlu diberikan keutamaan? Patut kahwin atau tangguh dulu? Ikuti pendapat Nurul Izzah berikut:

Bini Atau Emak

BINI VS MAK

Kalau boleh tahan diri jangan kahwin, better jangan. PIlih untuk jaga mak sepenuh masa selagi hayatnya masih ada ada. Sebab, kau takkan boleh ‘dapat’ dua-dua ni dalam satu masa. Nak tak nak kau kena pilih untuk kau prioritikan. And I tell you, konflik ‘bini vs mak’ paling kau kena elakkan! Disaster!

Kalau terpaksa juga kawen sebab dah sampai jodoh, pastikan kau kaya. Kalau mak tak sihat dan nak tinggal sekali, hire helper kat rumah bila kau sendiri tak dapat nak jaga mak sepenuh masa. Eh kan ada bini? Nope. Kalau ikut legal obligation, jaga mak kau jatuh atas kau. Bini hanya buat atas dasar moral obligation sahaja. Kalau dia pilih tak nak buat, tak salah.

Tak mau hire helper, nak bini uruskan? Boleh. Bagi elaun sebagai upah tolong jaga mak kau. Bayar upah macam orang bekerja. Bukan ikut suka hati nak bagi ke tak. Alah-alah, mak mertua sendiri kot tu pun nak kena bayar-bayar ke?

Boleh kalau tak nak bayar. Kau kena hadap satu risiko. Bila dia dah burn out, dah tak larat nak bagi servis percuma, dia dah tak boleh taat permintaan kau untuk jaga mak kau, dia boleh pilih tinggalkan perkahwinan ni. Dia tak nusyuz, dia tak hilang hak kepada nafkah seorang isteri.

Sebab apa yang dia buat selama ini hanya ihsan bukan tanggungjawab. Lagi pula bila kau ambil kesempatan atas kemurahan hati dia. Bini selalu dianggap free labour. Kalau orang luar boleh pulak kau bayar sampai ribu riban. Bila nak jimat je, pakai khidmat bini. Modalnya kena taat saja. Untung, untung.

Takkan dalam perkahwinan ni semua benda nak minta tolong kena bayar? Kemonlah, I don’t talk about minta tolong sekali dua sehari dua. Kalau tak boleh nak bayar upah macam helper kat luar tu, orang berbudi kita berbahasalah. Penuhilah pulak apa keinginan bini tu. Thing is bila nak minta ‘berbahasa’ tu yang ramai tak paham bahasa. Depa buat bodo sebodo-bodo yang boleh pi 🥴🥴🥴

Ala, complicatednya. Ape guna pasangan kalau tak boleh berkorban seikhlasnya?

Kalau kau terdetik benda ni dik, kau belum ready untuk kahwin. Belum cukup matang. Sebab tu mudahnya baik kau cancel cepat majlis kau bulan 12 tu dik.

BACA: Adakah Dikira Sebagai Nusyuz Jika Isteri Nekad Keluar Rumah Akibat Keganasan Rumah Tangga?

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zainol