Binaan ‘Kubu’ Tanda Kedegilan Luar Biasa China Tuntut Kawasan Laut China Selatan

Binaan ‘Kubu’ Tanda Kedegilan Luar Biasa China Tuntut Kawasan Laut China Selatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Binaan ‘kubu’ tanda kedegilan luar biasa China dalam tuntut kawasan Laut China Selatan.

Biarpun sudah banyak kali dinafikan hak tuntutan mereka, kedegilan China dalam menuntut wilayah di Laut China Selatan adalah sesuatu yang luar biasa.

Semalam dalam satu deklarasi rasmi kepada Amerika Syarikat (AS), Australia menolak tuntutan China terhadap Laut China Selatan dengan menegaskan tiada asas undang-undang yang membolehkan China menuntut kawasan tersebut.

Dalam deklarasi tersebut, Asutralia menolak tuntutan hak bersejarah China atau kepentingan dan hak maritim yang mana ditakrifkan sebagai amalan sejarah yang panjang.

Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo sebelum ini mengisytiharkan penjajahan Laut China Selatan oleh China adalah haram.

Binaan 'Kubu' Tanda Kedegilan Luar Biasa China Tuntut Kawasan Laut China Selatan
Sumber: BH

Isu tuntutan wilayah Pulau Spratly Laut China Selatan bukan lagi sesuatu yang baharu kerana ianya sudah berlangsung bertahun lamanya. Menjadi rebutan antara negara China, Vietnam, Brunei, Filipina dan Malaysia, masing-masing cuba membuktikan hak terhadap lokasi berkenaan.

China yang tetap berdegil telah membuat satu binaan kubu mereka di sana biarpun sudah jelas ianya bertentangan dengan undang-undang.
Malah isu ini turut menyebabkan China hampir ‘berperang’ dengan Indonesia. Kapal pengawal China dikatakan telah memasuki zon ekonomi eksklusif Indonesia di Kepulauan Utara Natuna sehingga menyebabkan pegawai Indonesia terpaksa mengeluarkan protes kuat dan memanggil duta China di Jakarta.
Terdahulu, dalam satu laporan pada 14 Julai lalu mendedahkan dalam tempoh 2016 hingga 2019, kapal pengawal pantai  China serta dan tentera laut dikatakan telah melakukan cubaan memasuki sempadan perairan Malaysia sebanyak 89 kali.
Bukan itu sahaja, kapal berkenaan juga didapati sering berada di kawasan sempadan perairan Malaysia sehingga pernah dihalau keluar (menjauh) oleh angkatan laut Malaysia.