
Binaan Istana Bunian, Bachok, Kelantan Menelan Belanja Sehingga RM1.5 Juta
Pernahkan anda mendengar tentang kisah Istana Bunian?
Apa? Bunian ada istana? Biar betul?
Ya. Istana Bunian ini terletak di Kampung Tok Buruk, Bachok, Kelantan dan telah dibina sejak tahun 1987.
Walaupun telah lama dibina, istana ini masih lagi kukuh sehingga kini. Bahkan, binaan Istana Bunian ini masih belum siap sepenuhnya.
Istana ini sebenarnya bukanlah sebuah istana yang didiami orang bunian atau dibina di kampung bunian, bangunan ini merupakan bangunan ciptaan manusia.
Istana ini dikenali sebagai “Istana Bunian” kerana seni binanya yang agak suram dan kelihatan menyeramkan.
Ia dibina oleh Hashim Abd Rahman, yang merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja yang halus dan kemas.
Ia juga dikatakan seperti rumah yang ditinggalkan dan tidak siap. Istana dua tingkat ini memiliki tujuh buah kolam dengan rekaan yang unik.
Orang yang melawat bangunan ini akan berasa seperti berada di dalam gua yang dihiasi pelbagai ukiran di setiap dinding.
Istana ini juga dipanggil Istana Bunian kerana ukiran dan hiasannya yang begitu halus dan teliti.
Setiap reka bentuk istana ini diperbuat daripada simen dan direka sendiri oleh Hashim sendiri.
Dikatakan bahawa kos pembinaan istana ini mencecah RM1.5 juta.
BACA: Ibarat ‘Taj Mahal Malaysia’ – Istana Sepachendera, Lambang Cinta Sultan Kedah Untuk Isterinya
Sumber: Oghe Bachok