Bina Replika Watak Filem Hollywood Daripada Besi Buruk, Bengkel Ini Jadi Tarikan Pelancongan
Siapa sangka daripada tempat pengumpulan besi buruk kini boleh berubah kepasa sebuah muzium sekali gus menjadi pusat tarikan pelancongan.
Kelihatan replika Transformers setinggi bangunan, adiwira-adiwira Marvel sebesar saiz manusia dan beberapa lagi replika patung daripada karakter popular filem sains fiksyen Hollywood – semuanya diperbuat daripada besi buruk.
‘Ban Hun Lek’ atau ‘The House of Steel Robots’ merupakan sebuah muzium yang menempatkan replika-replika ini telah menjadi tarikan pelancongan baharu dan instagram hotspots di utara Bangkok.

Pelawat ke bengkel kimpalan Phairote Thanomwong menatap arca setinggi lapan meter yang dibentuk berdasarkan robot dalam siri filem francais Transformers dan King Kong yang dipotong dan dicantum bersama daripada bahagian kereta lama.
Phairote membuka bengkel kimpalannya 20 tahun lalu dan akhirnya mengubah bahagian depannya kepada galeri untuk pelancong yang ingin melihat hasil ciptaannya.
“Ia merupakan satu hobi pada mulanya.
“Semasa saya masih kecil, saya amat menyukai kerja-kerja mekanik… maka saya menghasilkan apa yang saya suka kepada kerja saya,” katanya kepada AFP.
Katanya, setiap replika patung dibina menggunakan besi buruk dan bahan kitar semula, yang menjadikan setiap ciptaan amat unik.

Satu patung setinggi satu meter dijual dengan harga 30,000 baht, dan kebanyakan pelanggannya adalah pembeli dari luar negara.
Sejak pandemik COVID-19 merebak di seluruh dunia dan menyebabkan ekonomi global meleset, Phairote berkata eksport hasil seninya telah dihentikan.
Namun, replika patung brontosaurus besi yang tinggi di Ban Hun Lek, yang boleh dilihat dari lebuh raya utama, menarik puluhan pelawat tempatan setiap hujung minggu.
“Jika mereka mahu melihat sesuatu yang menakjubkan, mereka harus datang ke sini,” kata Phairote.
* Tak sabar nak berkunjung ke sini bila keadaan kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Gulf News
Trending now



