
Bina Atas Tanah Kerajaan Secara Haram, Restoran Ali Cafe Bangsar Bakal Dirobohkan
Di bina atas tanah kerajaan secara haram, Restoran Ali Cafe Bangsar bakal dirobohkan.
Bermula dengan gerai menjual burger dan air sejak tahun 80-an di bawah sebatang pokok, perniagaan Ali Syed Mohamed kemudian berkembang sedikit demi sedikit sehingga mampu membina sebuah kedai yang selesa untuk para pelangggan.
Selepas hampir sedekad ‘mengelak’ daripada pihak berkuasa untuk merobohkannya, restoran Ali Cafe Tomyam Seafood, Jalan Pantai Baru, Bangsar akhirnya terpaksa akur untuk dirobohkan.
Keputusan yang dipersetujui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) akan dilaksanakan sekitar akhir Februari selepas mesyuarat kabinet dijalankan baru-baru ini.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lesen operasi restoran berkenaan sudah tamat tempoh dan pihak mereka sedang menunggu lesen sementara di gerai berdekatan tamat sebelum merobohkan kedua struktur.
BACA: Bergambar Dengan Gaya ‘Peace’ Boleh Jadi Punca Data Peribadi Anda Diceroboh
Menurut Ali, pada tahun 90-an restoran miliknya sudah mempunyai lesen namun menerima notis pengosongan atas alasan bangunan tersebut di bina atas tanah rezab kerajaan.
Perjanjian telah dimeterai selama 10 tahun masih berbaki lima tahun namun ianya dibatalkan pihak DBKL dan PTG tanpa persetujuannya.
Sudah mengemukakan surat rayuan kepada banyak ihak termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil serta kementerian berkaitan, Ali memberitahu jawapan yang diterima masih menghampakan.
Perkara ini turut tidak dipersetujui oleh Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), Dato’ Seri Haji Rosli Sulaiman yang menyifatkan ia sebagai tindakan penganiayaan kepada pengusaha.
DBKL kini juga dalam proses ‘menghapuskan’ bangunan haram di Medan Imbi dan dua lagi yang berada di Kuala Lumpur.
Suara: The Malaysia Online, The Star Online