Takut TESCO Tak Bagi Masuk Alasan Mengarut Ibu Tinggal Bayi Dalam Kereta 3

Bimbang TESCO Tak Bagi Masuk, Alasan Mengarut Wanita Tinggal Bayi Dalam Kereta Undang Kemarahan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bimbang TESCO tak bagi masuk alasan mengarut wanita tinggal bayi di dalam kenderaan.

Insiden tertinggal anak di dalam kereta sering kali terjadi, majoriti adalah disebabkan kecuaian akibat terlupa dan sebagainya. Namun pernah anda dengar kejadian ada ibu bapa yang secara sengaja meninggalkan anak mereka di dalam kenderaan?

BACA: Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini

Semalam tular di laman media sosial apabila seorang wanita didakwa sengaja meninggalkan bayinya di dalam kereta di kawasan parkir lot pasar raya Tesco Egate, Pulau Pinang.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1662593977251639

Menurut saksi kejadian, tindakan wanita itu meninggalkan bayinya di dalam kereta adalah kerana bimbang pihak Tesco tidak membenarkan beliau membawa bayinya masuk ke dalam disebabkan faktor wabak COVID-19 yang melanda.

Takut TESCO Tak Bagi Masuk Alasan Mengarut Ibu Tinggal Bayi Dalam Kereta

Bayi berusia lima bulan yang ditinggalkan di dalam kerusi keselamatan di tempat duduk penumpang hadapan itu ditemui seorang kakitangan Tesco yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Takut TESCO Tak Bagi Masuk Alasan Mengarut Ibu Tinggal Bayi Dalam Kereta 1

Pekerja itu kemudiannya meminta bantuan orang awam yang berada berhampiran untuk membantu menyelamatkan bayi tersebut.

Keadaan tingkap yang dibiarkan sedikit terbuka membolehkan mereka membuka pintu dari arah dalam dan menyelamatkan bayi tersebut.

Menurut saksi itu lagi, 15 minit kemudian, wanita tersebut muncul dan menjelaskan alasan tindakannya yang mana telah menyebabkan kemarahan orang ramai.

https://twitter.com/elloeryn/status/1298668083746205697

Memberi respon kepada alasan ibu tersebut, pihak pengurusan Tesco memberitahu pihak pasar raya tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membawa anak-anak mereka untuk memasuki kawasan premis perniagaan.

Terdahulu, Tesco mengumumkan bakal menamatkan kontrak dengan agensi pekerja asing bagi beri peluang kepada rakyat tempatan.