Bantah Tulisan Jawi Takut Islamisasi

Bimbang Pengaruh Islamisasi Punca Tulisan Jawi Ditolak – Dong Zong

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas beberapa bulan episod bantahan pengenalan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid Tahun 4 di sekolah vernakular,  Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akhirnya membuat pengakuan ianya adalah kerana faktor kebimbangan.

BACA: Masih Tidak Puas Hati, Dong Zong Anjur Persidangan Bantah Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular

Bercakap pada Forum Jawi : Saling Memahami anjuran Gabungan Bertindak Malaysia @ KLSCAH Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), wakil Dong Zong, Ng Chai Heng memberitahu ibu bapa bimbang Jawi akan membawa pengaruh Islamisasi kepada anak-anak mereka.

BACA: Golongan ‘Jawiphobia’ Perlu Sedar Pengenalan Khat Jawi Bukan Proses Islamisasi

Ng yang merupakan Setiausaha Agung Dong Zong memberitahu Dong Zong tiada masalah kerana mereka sudah menerima pelaksanaan sedia ada dan terima pelaksanaan sedia ada dan pelaksanaan Jawi, bukan pelaksanaan seni khat seperti tulisan kaligrafi Cina dan Tamil.

Dong Zong Rasis
Sumber: The Malaysian Insight

Tambah Ng lagi, beliau tidak menolak pelaksanaan pembelajaran Jawi di SJKC dan SJKT kerana ianya adalah bagus dan berkisar kepada kepelbagaian kaum, namun sejarah dengan jelas memperkatakan Jawi adalah sejarah Islam dan pihak berkenaan sepatutnya menjelaskan perkara tersebut dengan lebih awal.

BACA: Sejarah Bantahan Dong Zong 1961 Bawa Kepada Pelucutan Warganegara Pengasasnya

Wakil daripada Angkatan Belia Islam (ABIM), Muhammad Faisal menjelaskan pelaksanaan Jawi di sekolah vernakular bukanlah sesuai yang perlu digentarkan kerana tulisan Jawi perlu dilihat sebagai salah satu warisan penulisan negara.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1774018262731382

Esok dikhabarkan beberapa jalan utama di Kajang ditutup bersempena dengan persidangan bantahan tulisan Jawi oleh Dong Zong bermula pada jam 11 pagi hingga lima petang.

Antara jalan yang terlibat ialah persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette