
Bimbang Mampu Seru Roh Jahat, Sekolah Ini Haramkan Buku Harry Potter
Siapa yang tidak kenal dan membaca siri novel Harry Potter, karya terkemuka J.K Rowling ini?
Kepopularan siri novel ini bukan sahaja setiap keluarga memiliki koleksi siri Harry Potter, malah di perpustakaan sekolah juga turut menyediakan novel ini sebagai bahan bacaan pelajar untuk masa lapang.
Namun, berbeza pula dengan salah sebuah sekolah Katolik di Nashville, Amerika Syarikat (AS) yang mana telah mengharamkan novel Harry Potter di sekolah itu. Seorang pengamal ilmu pengusiran roh jahat di bandar itu telah menasihatkan supaya mengharamkan novel Harry Potter kerana ditakuti pembacaannya boleh ‘memanggil’ kuasa jahat.
Menurut sumber, paderi Dan Reehil telah menghubungi pihak berkepentingan di Rom dan AS, menggesa buku bertema fantasi itu segera diharamkan di perpustakaan Sekolah Katolik St Edward di Tennessee.

“Sumpahan dan mentera yang digunakan dalam novel-novel itu adalah sumpahan dan mentera sebenar, dan jika dibaca oleh manusia dikhuatiri mampu menyeru kehadiran roh jahat,” ujar paderi itu dalam e-mel yang dihantar kepada media tempatan.
Paderi itu menambah bahawa watak-watak utama novel ini beroperasi secara ‘Machiavellian’, menggunakan taktik kejam atau tidak bermoral untuk mencapai matlamat mereka.
Walaupun sekolah itu menyimpan siri novel berkenaan, ia tidak akan diberikan sebagai bahan bacaan untuk pelajar-pelajar di perpustakaannya yang baru dibuka.
Sebelum ini, seruan pengharaman novelnya itu sudah dilaporkan di seluruh AS dan Britain, kebanyakannya ada kaitan dengan dakwaan ia mengetengahkan nilai-nilai dunia syaitan dan ilmu hitam.
Bagaimanapun, belum ada lagi kes yang dilaporkan mengenai novel berkenaan digunakan untuk menyeru roh jahat sejak diterbitkan, hanya sekumpulan agamawan sahaja dilaporkan takut dengan siri novel itu.
Sumber: Global News
Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1goVWQHAUi
Trending now



