Ada Kemalangan Ada Longkai

‘Bila Ada Kemalangan, Jalan Mesti Sesak ’ – Lelaki Ini Dedah Kenapa Longkai Takut Dirakam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biasanya apabila ada kemalangan, pasti ramai yang cuba menghulur bantuan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Mangsa pula pastinya berasa gelabah dan cemas membuatkan mudah terpedaya dengan bantuan trak penunda atau longkai, yang menjadikan situasi terbabit sebagai sumber rezeki mereka.

Perkongsian seorang pengguna Facebook yang juga merupakan pengasas SCRUT, Aliff Ahmad mungkin dapat membantu kita mengelak daripada ditipu dan juga tahu cara-cara yang betul menguruskan hal kemalangan tanpa mengalami kerugian.

Kenapa longkai atau tonto takut dirakam?

Aliff menceritakan berlaku satu kejadian kemalangan di depan matanya dan terpanggil untuk turun padang menolong mangsa yang kelihatan tidak sihat dan mempunyai seorang anak kecil.

Pada masa yang sama, turut berlaku lagi satu kemalangan melibatkan motosikal dan kereta sehinggakan tempat kejadian semakin sesak.

“Seperti biasa, dalam beberapa ketika sahaja penuhlah kereta-kereta yang patern dia kita boleh tau mereka itu longkai atau tonto. Ada yang datang dan buat double park.

“Makin lama makin ramai, maka dengan kemeriahan itu, trafik makin perlahan dan jalan makin jem.

“Ya, mereka cari makan. Aku tak kisah. Tapi perbuatan mereka memperdayakan mangsa sangatlah tidak bertanggungjawab. Mereka yang sedang trauma dan terkejut mungkin terlupa apa yang patut mereka lakukan,” katanya.

Menurut Aliff, dia cuba membuat rakaman suasana ketika itu sebagai persediaan bantuan. Namun, dia didatangi dua orang longkai yang memarahinya kerana merakam.

“Aku tanya dia balik, kenapa tak boleh rakam? Dia terpekik-pekik nak tunjuk gangsta. Oh, patutlah orang kata longkai atau tonto ni samseng dan gangsta. Ada aku kisah? Nak je aku tekan button live di Facebook.”

Dia difahamkan golongan itu sebenarnya tidak suka dirakam dan sedang berebut ‘pelanggan’ untuk menerima perkhidmatan tundaan mereka.

“Yang paling lawak, ada longkai Melayu gemuk ni seboleh-boleh nak control mangsa kemalangan. Takut aku nak rampas customer dia kot.

“Seboleh-boleh dia ikut aku explain kepada akak ni suruh terus buat laporan polis.

“Ada seorang longkai Melayu dari team lain pula menyamar jadi anggota polis. Bila diminta kad kuasa, dia tak nak tunjuk. Tapi akhirnya, aku lihat team dia datang angkat motosikal yang kemalangan naik trak dia. Aduhai!”

Katanya, dengan kehadiran beberapa kumpulan longkai itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya.

“Polis trafik yang hadir pun dilihat membiarkan sahaja longkai-longkai berkeliaran dan berpeleseran di situ yang natijahnya jalan menjadi lebih sesak.”

Ada Kemalangan Ada Longkai

“Aku nak mengingatkan semua orang yang membaca tulisan ini supaya mengambil maklum apa yang patut kita lakukan jika kemalangan berlaku terhadap kita.

1. Jangan sign apa-apa surat yang diberikan oleh mana-mana orang yang konon nak membantu.
2. Terus call polis dan call pihak takaful/ insurans anda.
3. Rakam segala yang berlaku ditempat kejadian.
4. Jangan percaya mana-mana orang yang konon nak membantu.
5. Kalau kenderaan boleh jalan, terus ke balai polis terdekat dan buat laporan polis.

Buat mereka yang ingin membantu, bagi nasihat yang betul kepada mangsa kemalangan. Buat panggilan polis dan ambulans. Rakam segala kejadian dan mereka-mereka yang terlibat.

Aku cadangkan sejak longkai-tonto ini takut dengan kamera, korang buat je terus social media live supaya mereka behave.

Aku harap orang awam berhenti dan tolong mangsa. Jangan biarkan longkai-tonto ni memberi tekanan dan memperdayakan mangsa kemalangan dengan jumlah mereka yang ramai,” kata Aliff.

Dalam pada itu, dia juga mencadangkan kerajaan perlu mewujudkan lesen atau permit terhadap kumpulan longkai untuk berkhidmat secara profesional.

Sumber: Facebook Aliff Ahmad