Tip Elak Tunggu Lama 2

‘Bil RM11,000 Tapi Dalam Poket Ada RM100’, Lelaki Ini Kongsi Besarnya Nilai Subsidi RM1 Hospital Kerajaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas mesin ATM beras pertama dilancarkan di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengambil inisiatif menyediakan kemudahan kepada asnaf sekitar kawasan terbabit, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjangka akan menempatkan lagi di 85 masjid sekitar Kuala Lumpur.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, berkata rancangan penempatan mesin ATM beras di masjid itu akan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan antara Jawatankuasa Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan bulan depan.

mesin ATM beras
Sumber: Says

Mesin ATM beras ini mempunyai dua fungsi iaitu mengeluarkan beras mengikut kuantiti diperlukan dan mempunyai tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbang wang untuk tujuan isian semula.

Golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin itu dan menunggu bekalan beras mengikut kuantiti yang diperlukan keluar pada ruangan bahagian bawah.

JAWI juga mengalu-alukan sumbangan daripada badan-badan korporat untuk menjadi rakan strategik bagi bersama-sama memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ini demo penggunaan mesin ATM beras.

Semoga perancangan ini dapat dilaksanakan dan memperluaskan kemudahan seperti ini di masjid-masjid luar kawasan Kuala Lumpur agar dapat meringankan bebanan golongan asnaf.

Sumber: Berita Harian

 

Tak sah kalau pergi Phuket tak pergi pulau-pulau di sini, tonton

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.