
Bikin Kecoh! Tular Video Jalan Terkedek Seperti Penguin Selepas Jalani Ujian Calitan Di Dubur
Pengumuman kerajaan China mahu menjalani ujian calitan (swab test) di dubur sebagai kaedah lain bagi mengesan individu dijangkiti COVID-19 mendapat perhatian seluruh dunia.
Menurut doktor kanan di Hospital You’an Beijing, Li Tongzeng, signifikan swab test di dubur adalah kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan.
BACA: China Perkenal ‘Swab Test’ Di Dubur, Katanya Lebih Berkesan & Kurang Sakit Berbanding Hidung
Hal ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah ada kesan sampingan selepas menjalani kaedah ujian calitan tersebut.
Menerusi pendekatan yang digunakan kerajaan China, tular video orang ramai yang menjalani ujian berkenaan berjalan terkedek-kedek di premis kesihatan.
Dikatakan, klip video terbabit dirakam di bandar Shijiazhuang dalam wilayah Hebei, utara China.

Video berkenaan menjadi tula sehingga mencatat berjuta-juta tontonan di pelbagai platform media sosial di China.
Walau bagaimanapun, menerusi akhbar tempatan, Global Times melaporkan bahawa video tular itu sebenarnya telah disunting, manakala pihak berkuasa memberi jaminan orang ramai tidak akan berjalan seperti penguin selepas menjalani calitan dubur.
Menurutnya, spesimen yang diambil di lokasi terbabit pula hanya melibatkan kaedah calitan oral atau hidung sahaja.
Susulan video tular itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan menurunkannya bagi mengelakkan salah faham orang ramai.
Dalam pada itu, pengguna media sosial Weibo memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.
“Saya sudah menjalani dua calitan dubur, setiap kali saya lakukannya, ia diteruskan dengan calitan di tekak pula. Saya bimbang jururawat yang melakukannya terlupa untuk menggunakan kayu calitan baharu,” kata seorang pengguna Weibo.
Seorang lagi pengguna secara berseloroh berkata, “Tidak berbahaya, tetapi amat memalukan.”
Tidak semua pakar di China bersetuju dengan kaedah ujian calitan di dubur untuk menguji jangkitan COVID-19.
Yang Zhanqiu, pakar patologi di Universiti Wuhan, berkata bahawa ujian calitan dalam rongga hidung dan tekak adalah kaedah paling berkesan untuk mengumpulkan sampel ujian virus itu buat masa ini.
Sumber: News18
Trending now



