
Bidaan Temu Janji Panggilan Video Bersama Keanu Reeves Kini Sudah Mencecah RM80,000
Tahun lepas, ramai berkongsi hasil kek viral ini di media sosial. Lihat sahaja sudah menyelerakan, memang padanlah ramai meminta resipi ini untuk dibuat sendiri.
Tetapi kebanyakan resipi bercampur dan ada tidak menepati selera langsung. Jom lihat resipi beserta tips untuk anda cuba agar dapat menikmati kek dengan resipi yan betul.
Ada yang buat kek mengikut resipi dan mendapati buah atas keknya tenggelam dan hangit bukan? Ikut tips ini supaya mendapat kek yang sempurna.
1. Sebelum masukkan buah, hentak loyang sebanyak 3-4 kali supaya tiada ruang udara dalam kek.
2. Sebelum masukkan buah, tapis airnya dan elakkan guna buah yang berair. Potongan buah jangan nipis. Biar tebal sedikit untuk elakkan mudah tenggelam.
3. Kalau mahu permukaan kek cantik elok tiada warna perang, perlu jaga api ya. Kurangkan suhu mengikut ketuhar sendiri, tukar api dari atas ke bawah sahaja atau cara paling mudah, alas aluminium foil di atas permukaan kek.
Bahan-bahan:
100 gram mentega
130g gula halus
3 biji telur ayam gred A
210 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh lemon zest / kulit oren
100 gram sourcream / yogurt
* Buah-buahan segar seperti strawberi, beri biru, buah pic. Boleh guna dalam tin jika nak jimat tapi kena tapis dahulu airnya betul-betul.
Cara penyediaan:
#1 Ayak tepung gandum bersama baking powder 1-2 kali, ketepikan. Pastikan mentega berada dalam suhu bilik. Pukul dengan gula hingga creamy dan menjadi sedikit putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul manja biar telur sebati sahaja.
Masukkan esen vanila dan lemon zest. Kacau manja dan barulah masukkan tepung ayak tadi sedikit demi sedikit.
#2 Masukkan sourcream/yogurt dan kacau manja sahaja. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah digris dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Susun buah di atas permukaan kek. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.
#3 Bakar pada suhu 160’C-170’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah. Cucuk lidi untuk periksa kek masak atau tidak. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan.

Bahan resipi sos vanila:
1 cawan susu cair
1 cawan whipping cream
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu makan gula pasir
4 biji kuning telur sahaja
Cara penyediaan:
#1 Panaskan susu cair, whipping cream dan esen vanila hingga nampak buih-buih kecil di tepi periuk, kemudian tutup api. Pukul kuning telur bersama gula hingga sebati. Masukkan campuran susu tadi yang masih panas ke dalam telur tadi.
Masukkan sedikit demi sedikit sambil terus kacau.
#2 Masukkan semula ke dalam periuk dan masak lagi hingga mula pekat. Sentiasa dikacau ya. Tutup api apabila sudah mula pekat.
Tapis dan sejukkan di luar sebelum masukkan sos vanila dalam peti. Nak makan baru tuangkan sos di atas fruity cake ni.
Selamat mencuba!
Sumber: Cook.Eat.Love
Trending now



