
Biarpun Kes Positif Sudah Cecah Lebih 50 Ribu, Rakyat Indonesia Masih Enggan Patuhi SOP Penjarakan Sosial
Biarpun kes positif di Indonesia sudah mencecah 54,010 dengan pertambahan harian kes secara mendadak, sikap rakyat republik berkenaan menjadi punca utama situasi ini berlaku.
Tidak mematuhi asas kepada prosedur operasi standard (SOP) iaitu penjarakan sosial, penduduk republik berkenaan masih lagi tidak berdisplin menjaga jarak sosial selain daripada enggan memakai topeng penutup muka menjadi punca utama kepada peningkatan kes positif di kebanyakan daerah.
Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan, Achmad Yurianto, lima daerah sehingga kini mencatatkan peningkatan mendadak sejak beberapa minggu ini berpunca daripada kedegilan sendiri yang enggan mematuhi SOP daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Indonesia mencatatkan kes pertama agak lewat berbanding negara jirannya iaitu pada 2 Mac selepas beberapa kali menteri mereka menafikan wujudnya kes COVID-19 di sana.
Disifatkan sebagai bom jangka kepada ASEAN sejak 9 April lalu, kerajaan Indonesia yang lambat bertindak turut memainkan peranan penularan ini tidak dapat dikawal dan dikekang.
BACA: Bom Jangka ASEAN: Antara Singapura Dan Indonesia Yang Mana Satu Lebih Merbahaya?
Mencatatkan kematian tertinggi di rantau Asia Tenggara iaitu dengan angka 2,754 kes, kerajaan wilayah di Indonesia terpaksa mengambil hukuman drastik kepada individu yang ingkar dengan arahan ini.
Antaranya di wilayah Jawa Timur, mereka yang ingkar dengan arahan penjarakan sosial akan dihukum untuk mengebumikan mayat mangsa COVID-19 atau pun membersihkan kawasan. Manakala di wilayah Sragen, hukuman berkurung di rumah hantu dikenakan bagi mereka yang enggan mengikuti perintah kuarantin.
BACA: Indonesia Humban Rakyat Yang Ingkar Perintah PKP Di Rumah Hantu
Kedegilan rakyat republik ini menyebabkan petugas barisan hadapan di sana seakan berputus asa mahu merawat mereka yang dijangkiti sehinggakan tanda pagar ‘Indonesia? Terserah!’ menjadi trending di media sosial.