Kisah Lelaki Yang Sanggup Berenang Demi Tunai Solat Di Masjid Yang Dilanda Banjir 3

Biarpun Kawasan Sekitar Ditenggelami Air, Lelaki Ini Sanggup Berenang Untuk Laung Azan & Tunai Solat Di Masjid

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun kawasan sekitar ditenggelami air, lelaki ini sanggup berenang untuk laung azan dan tnai solat di masjid.

Awal bulan lalu, tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki muda menyeberangi sungai dengan cara berenang.

BACA: Masjid Agong Kesultanan Melaka Memang Wujud, Tapi Bukan Di Pintu Gerbang Kota A Famosa – Perzim

Semasa ditanya, rupa-rupanya beliau menyeberangi sungai untuk melaungkan azan dan menunaikan solat di masjid selepas banjir melanda susulan ribut Gulab.

Kisah Lelaki Yang Sanggup Berenang Demi Tunai Solat Di Masjid Yang Dilanda Banjir 1
Sumber: @Ilmfeed

Hafiz Moinul Islam yang merupakan imam muda di wilayah Sathkira, Bangladesh menceritakan sudah dua minggu beliau berenang untuk ke masjid yang mana laluannya ditenggelami air.

Bimbang rumah suci itu dibiarkan tanpa ibadah, Hafiz akan menaiki bot untuk ke masjid, namun sekiranya tiada bot beliau akan berenang.

Kisah Lelaki Yang Sanggup Berenang Demi Tunai Solat Di Masjid Yang Dilanda Banjir 2
Sumber: @ilmfeed

Semuanya demi memastikan bahawa masjid berkenaan terus hidup.

“Oleh kerana ini adalah masjid, saya tidak dapat meninggalkannya. Sehingga hari ini, saya telah melaungkan azan dan bersolat di sana demi Allah.”

Menurut Hafiz, kadang-kadang ada seorang atau dua orang jemaah di sana. Bagaimanapun, lima daripada solat yang ditunaikan, beliau hanya bersendirian.

Sebelum ini, orang ramai sekadar mengetahui sejarah bagaimana kubu A Famosa itu dibina, namun pada hari ini turut terbongkar sejarah hitam yang amat perit terutama bagi umat Islam di sini disebalik pembinaan kota tersebut.

Baru-baru ini, Ahmad Fedtri Yahya yang merupakan seorang pengacara dan personaliti TV Malaysia yang mengacarakan dokumentari Jejak Rasul tahun ini berkongsi fakta yang mana di bawah kota A Famosa itu adanya runtuhan masjid zaman Kesultanan Melaka.

Bagaimanapun, ramai yang berkefahaman bahawa tinggalan A Famosa yang menjadi pusat pelancongan negeri Melaka pada hari ini, menganggap bahawa di situlah tapak runtuhan Masjid Agong zaman Kesultanan Melaka.

ODISI sebelum ini juga pernah berkongsi kisah disebalik pembinaan Kota A Famosa yang dibina dari batu masjid dan kubur Melayu.

BACA: Sejarah Kota A Famosa Yang Dibina Dari Batu Masjid Dan Kubur Melayu

Sumber: Siasat.com