Bahasa Inggeris

Biar ‘Broken’, Janji ‘Confident’ – Isu Bertutur Guna Bahasa Inggeris Semasa Beraya Cetus Perdebatan Hangat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru saja seminggu menyambut ketibaan Syawal, dah macam-macam kisah menarik dapat kita dengar telah dikongsikan oleh warganet di media sosial.

Salah satu kisah raya yang bikin panas tahun ini ialah mengenai isu ibu bapa yang bertutur menggunakan Bahasa Inggeris dengan anak-anak mereka semasa beraya.

Didapati, ramai yang memuat naik hantaran dan status yang mempersenda golongan yang ‘speaking London’ tapi berterabur dan lintang-pukang tersebut.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang memuji usaha ibu bapa yang berusaha mengajar anak mereka berkomunikasi dengan cara ini.

Seorang pengguna Facebook Jane JennTiansin tidak disangka-sangka menjadi viral selepas memuat naik hantarannya berikut:

Bahasa Inggeris

MENYAMPAH

MENYAMPAH

MENYAMPAH

Menyampah apa? Menyampah kepada orang yang butthurt dan bitter sorang-sorang bila ada mak-mak yang “dulu English fail”, “tak sedar diri lahir Kodiang je pun” atau “padahal makan nasi pulas budu” cakap sepatah dua Bahasa Inggeris kat anak-anak.

Korang dah kenapa? Aku tulis atas kapasiti cikgu English bidan terjun. Yang tak setuju, you better back off.

Korang tau tak ada budak Form 1 yang nak cakap “ticer may I go to the toilet” pun struggle gila. Malu. Why, sebab dia TAKUT salah atau mungkin zero confidence.

So, bagi mak-mak yang “Don’t panjat adik, nanti fell down” atau “don’t run kakak. Nanti aunty tu angryyou have my support. Cakap ja biar broken shattered berkecai tu English. Kita ni bukan native speaker. Lantak la broken. Pedulikan golongan yang ada privilege dan fluent speaking dari kecik. Bukan semua ada rezeki.

Walaupun tak boleh tulis esei dengan 4-5 patah perkataan tu, tapi sekurang-kurangnya anak-anak tak rasa Bahasa Inggeris ni bahasa alien. Sekurang-kurangnya anak-anak ada rasa confidence nak cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kesian tahu budak dah Form 1 tapi nak cakap teacher may I go to the toilet pun struggle.

Lantak la kalau niat mak dia mau mintak puji ka apa. Siapa kita nak judge. Jaga hati masing-masing sudah. Be nice, doakan anak itu jadi orang bijak dan soleh.

Senang kan.

Setakat ini, hantarannya itu telah dikongsi oleh warganet hampir 10 ribu kali dan rata-rata komen yang diterima juga memuji pendapat Jane JennTiansin tersebut.

“Bila lagi anak-anak nak praktis..kalau bukan dengan mak ayah..” – Maslina Masnan

At least vocab anak improve. Cakap aje lah. Yang takut nak bercakap ni membawa sampai masuk kuliah di universiti. Sian anak-anak. – Mahirah Kamaludin

“Zaman dah makin maju..makin canggih… cabaran dah makin hebat.. kita kena la mulakan setapak demi setapak untuk keluar dari kehidupan bawah tempurung tu. Bior ler broken omputeh pun lebih baik daripada broken mentality” – Fauziah Ismail

Iya…saya sokong juga ..saya tak pandai English…tapi anak saya yang kecik more to English kartun yang dia tengok kat YouTube…lantaklah orang nak kata apa ..janji anak aku paham… Kan??? – Nor Faizah Abdul Rahman

“Saya la tu masa Form 3..diulang..Form 3..nak cakap teacher may I go to toilet tu rasa susah gilaaaa.. seksa tahan kencing sebab takut nak cakap dan tak reti!! – Aishah Zarzali Shah

BACA: “Rakyat Malaysia Sendiri Tidak Gunakan Bahasa Melayu”, Komen-Komen Netizen Indonesia Ini Bikin Panas

Sumber & kredit foto: Facebook Jane JennTiansin